Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

saya ingin mengucapakan selamat tahun baru 2011 kpd semua org yg mengunjungi blog ini.saya berharap agar setiap insan memiliki azam tahun baru masing2 dan berjaya untuk mengecapinya tahun ini...saya berharap agar semua pengunjung akan setia untuk menunggu cerita2 menarik akn dipost di blog ini pd tahun hadapan.Harap kalian semua bersabar dan usah kaget.




Friday, December 10, 2010

Adab Memberi Salam Dan Bertanya Khabar

Ramai orang yang tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan perpaduan,ika perseahaman danih-mengasi sesama ahli masyarakatialah  menyebarkan salam dan bertanya khabar tentang  diri  masing-masing.

Tentang keutamaan memberi salam ini,Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a..: Maksudnya:"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang lain."


Baginda SAW seterusnya bersabda yang diriwayatkan oleh ibn al-Sunni r.a. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjawab salam,maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang tidak menjawabnya,maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku."

Jelaslah manfaat memberi dan menjawab salam ini begitu banyak sebagai pembuka bicara dan penghubung tali silaturahim sesama Islam yang dikenali mahupun yang belum dikenali.Memberi Salam adalah Sunat sedangkan menjawabnya adalah wajib...


Thursday, December 9, 2010

Adab Bersahabat

Sahabat lebih berharga daripda EMAS


Banyak panduan telah diberikan oleh syarak dalam pemilihan sahabat ini.

"Dan janganlah engkau menurut orang yang telah kami lalaikan hatinya daripada mengingati kami,lalu ia mengikut hawa nafsunya".(Surah al-Kahfi:28)

"Dan ikutlah jalan orang yang suka kembali(bertaubat) kepada-ku.(Surah Luqman:15)

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Seseorang itu atas agama(perjalanan)rakannya,maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan."

Ayat-ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-Qamah,seorang ulama masyhur dahulu kala  memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat,antaranya:


  1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu,dia akan menghargainya.
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
  4. jika engkau berdua berselisih faham,dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Sayidina Ali k.m.h.pernah berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang).Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu,sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."

Abu Sulaiman al-Darani r.a. mengigatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:
  • Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
  • Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.
Sememangya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman,bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini,menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.

Inilah yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya:

"Berpegang tegulah dengan tali(agama)Allah bersama-sama dan janganlah pula berpecah belah.(Surah Ali Imran:103) 

Di samping hak seseorang individu dengan sahabat itu meliputi beberapa bidang seperti hak di bidang harta,hak memberi bantuan rohani dan jasmani,hak memelihara lisan,hak mendoakan,hak memberi salam,hak menepati janji dan lain-lain.

Sentiasalah berpegang kepada masa

Sumber dari:Indahnya Hidup Bersyariat

Rahsia Kuasa Minda

                  


Ketahui cara mudah untuk menjana
kuasa minda ! Terokai kehebatan minda anda sekarang 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tahukah anda minda manusia mempunyai kekuatan yang hebat? Pernahkah anda terfikir minda manusia mempunyai dimensi yang luas?
Tahukah Anda ? Menurut kajian ahli minda,kebanyakan manusia hanya menggunakan baru10% daripada kemampuan mindanya.Ini bererti 90%Daripada mindanya tidak pernah digunakan langsung.Mengapa ini terjadi,jawapannya mudah sahaja,kerana kita tidak tahu.Mengapa kita tidak tahu? Kerana kita tidak belajar.Tapi kini anda berpeluang menggunakan beberapa teknik untuk menggunakan 90 % lagi kemampuan minda anda.Teknik yang akan diajarkan sangat mudah untuk dikuasai.Ramai orang mengaku menguasai dan pakar dalam kuasa minda,pernahkah anda merasai kesan yang sebenarnya sesudah menguasai kuasa minda?

 

Anda perlu tahu!

Peringkat peringkat  fungsi minda menurut ahli kaji minda
1)Peringkat sedar(conscious level)
2)Peringkat bawah sedar yang mengawal badan (subconscious body level)
3)Peringkat ingatan(memory level)
4)Peringkat kuasa kreatif(creatif power level)
5)Peringkat kuasa menyembuhkan(healing power level)
6)Peringkat intuisi(Intuitive level)
7)Peringkat kesedaran semesta raya(Cosmic conscious level)


Peringkat kesedaran minda manusia.
 
  1)Beta
 Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti deria rasa,deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari
  2)Alpha
 Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang  emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini.Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'.
 
  3)Theta
 Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah teletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa.
 
  4)Delta
 Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung.Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan

 
Insya Allah anda akan diajar dengan teknik mudah untuk mencapai peringkat kesedaran Alpha yang mana anda akan mendapat menguasai kuasa minda dalam erti kata sebenar.

 Faedah Kuasa Minda                        
Merapatkan diri kepada Allah Taala
Menghilangkan stres
Menyelesaikan pelbagai masalah dengan secepat yang  mungkin
Mencapai kesedaran yang mendalam tentang diri
Menguatkan ingatan
Mengurangkan sakit sakit ringan
Mencapai hajat dalam berbagai bagai keperluan.Insya Allah
Membuang tabiat buruk
Ketenangan yang sukar digambarkan
 
Idea mencurah curah
Pemikiran kreatif
Penyelesaian masalah tanpa berfikir

Wednesday, December 8, 2010

KebenaranNya

Salam sejahtera...

Kini telah ku sedari kenapa segala yang ku inginkan tidak tercapai.Ini kerana terdapat satu tali  yang sentiasa memegangku supaya tidak terlanjur begitu jauh daripada kebenaran.Aku juga sama seperti manusia lain sentiasa melakukan kesalahan.Dulu kehidupanku penuh dengan kegelapan.Namun kini cahaya telah mulai meresapi tubuhku sehinggaku menjadi bercahaya bersama aura-auraku yang lain.

Kini ku telah ketahui banyak rahsia alam.Ku mengerti kenapa sesuatu yang ku perlukan tidak tercapai.Ini kerana Allah telah menguruskan segalanya.Allah tidak akan memberi sesuatu yang kita inginkan.Namun Nya akan memberi sesuatu yang kita perlukan.Jika dikenangkan kembali segala kenangan pasti kita akan berasa sedih,kerna sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai.

Kiniku berasa bodoh kerna semua benda yang tidak sepatutnya harus dibuangkan dari fikiran kerana ia masih terlalu awal untuk semua benda itu. Tidak dapat dinafikan bahawa semua manusia ada kehendak masing-masing.Hal ini disebabkan oleh satu benda yang bernama nafsu.Nafsu merupakan satu benda yang amat bahawa jika ia menyeru kita kearah kejahatan.Oleh itu sama-samalah kita kalahkan nafsu mazmumah tersebut dengan memperbanyakkan istifar.

Kesemua pekerjaan kita juga haruslah sentiasa ingat kepada Allah S.W.T.Kerana Allah lah yang terawal dan terakhir.Tiada makhluk yang lebih berkuasa daripada Nya.Sesuatu perkara pelik yang tidak logik pada akal jika difikirkan akan sentiasa muncul di sekeliling kita untuk kita sentiasa ingat dan taat kepadaNya. 

Semua itu masih terlalu awal buatku... akanku lawan segala syaitan yang ingin menguasaiku...Allahuakbar!!!





Kelebihan Solat

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Wa’fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

SOLAT ITU BUANG MASA?

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.
Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”
Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.
“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.
“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”
“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.
“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”
“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.
“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya ? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya . Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.
Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?
“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”
“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,
” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”
“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.
SOLAT ITU SOAL PERIBADI?
Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa.
 Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,”tekan saya.
“Mengapa?”
“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”
“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”
“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.
“Kemungkaran dalam kerja? Apa tua?”
“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”
“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”
“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”
“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.
“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”
Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.
Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.
Kali ini saya pula terdiam.
“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.
“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”
“Baik tu baik. Tetapi…”
“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.
Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.
Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT

MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT
Di antara perang yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam pada zaman ini adalah soal model berpakaian. Musuh-musuh Islam itu menciptakan bermacam-macam model pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin.
Ironisnya, pakaian-pakaian tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis atau ketat. Bahkan sebagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita meskipun di antara sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri.
Dalam hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengambarkan bakal munculnya pakaian semacam ini di akhir zaman, beliau bersabda,
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا.
Dua (jenis manusia) dari ahli Neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; Kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan pundaknya dan berlenggak-lenggok. Kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Surga, bahkan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal sungguh wangi Surga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1680.)


Termasuk di dalam kategori ini adalah pakaian sebagian wanita yang memiliki sobekan panjang dari bawah, atau yang ada lubang di beberapa bagiannya, sehingga ketika duduk nampak auratnya.

Di samping itu, apa yang mereka lakukan juga termasuk menyerupai orang-orang kafir, mengikuti model serta busana jahat yang mereka buat. Kepada Allah kita memohon keselamatan.
Di antara yang juga berbahaya adalah adanya berbagai gambar buruk di pakaian, seperti: Gambar penyanyi, kumpulan muzik, botol dan cawan arak, Juga gambar-gambar makhluk yang bernyawa, salib, lambang-lambang persatuan dan organisasi-organisasi non Islam; Juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya banyak ditulis dengan bahasa asing.
oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

Yakjuj dan Makjuj satu kajian

Saya teruskan artikel mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum
ganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka
bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu
secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah
banyak. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah
satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun
merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok
yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas.
Kitab suci Al-Qur’an memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji
selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik
berbanding “spoon-feeding” kerana ia akan menghidupkan minda dan
memajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di
atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu
lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan
Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas
muka bumi?

Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Qur’an dan Hadis,
ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka
adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan
manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung
atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawah
bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan
semata-mata bersaiz gua).
Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam
Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum
ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu (1) Sebahagiannya
punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2)
Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3)
Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan
untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga
riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi
ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan
tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh
Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh
manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka
yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka
adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumber
hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramai
berbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah
telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah
Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah
manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat
manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah
sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi
mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa
sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di
bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas)
mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh
ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj
Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah
pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu
berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3
inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke
dalam laut pada satu hari nanti.
Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain
zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam
jangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini
berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan
mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semula
ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali
atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat
bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka
pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah
telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan
mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari
demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila
Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu
mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada
esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka
telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah
mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).
Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah
masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih boleh
bekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana mereka
ramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj ini
mempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka boleh
dengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi
menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan,
hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar,
maka mereka akan mengucapkannya.
Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu
Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet
(peace and blessings be upon him) said: “Every day, Gog and Magog try
to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight
through it, the one who is in charge of them says, ‘Go back; you can
carry on digging tomorrow,’ and when they come back, the barrier
becomes stronger than it was before. This will continue until their
time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until
they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will
say, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow, Insha’Allah.’ In this
case, he will make an exception by saying Insha’Allah, thus relating
the matter to the Will of Allah. They will return on the following day,
and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging
and come out against the people. They will drink all the water, and
find the hole exactly as they left it, and the people will entrench
themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows
into the sky, and they will fall back to earth with something like
blood on them. Gog and Magog will say, ‘We have defeated the people of
earth, and overcome the people of Heaven.’ Then Allah will send a kind
of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…
‘By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth
will become fat.’” (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum
Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan
atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan
Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak
lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa
sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar
dari lokasi mereka.

“Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur’an, terdapat banyak
hadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza
pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan
seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain
menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan
Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan
Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia
manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.
“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk
tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali
meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila
hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj
bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10
tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian
Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan
mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan
Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa
yang mampu menewaskan mereka.
“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di
pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian
baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan
Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka
hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,
Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan
mayat-mayat itu daripada muka bumi.
“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal
dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah
Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit
matahari” iaitu timur dunia.
“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju
ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga
kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan mereka
ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka
panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum
Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka,
dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.
“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda
kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah
berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan
jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa
Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings
be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these
words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah.
Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come
close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of
Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him
indicated the size of the hole with his finger and thumb)”
(Bukhari/Muslim) In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been
mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come
from every lofty place.” (Muslim)
Begitulah hasil temubual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan
Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau
menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan
fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan dari Dr. Fauzi
ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang
telah saya catat sebelum ini.
Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam
Al-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan
Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka
percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal dari
anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog
adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula
berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama
ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat
serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakan
secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini
adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok
pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan
muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.
Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat
yang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu
di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu
amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluan
utama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67
degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan nama
Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenali
sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam
bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China). Pada masa kini
tembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke
17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembok
itu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuat
dari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah
tasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan
Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan
pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi)
bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah
menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok
Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di
atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besi
yang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua
pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat
bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).

Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh
Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menuliskan bahawa
“Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan
yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding
telah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman
silam. Ada empat yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.
Beliau berpendapat oleh kerana tembok-tembok di atas dibina untuk
tujuan yang sama (melindungi rakyat dari gangguan kaum yang ganas) maka
amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya
tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat Tembok
Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagian
timur sedangkan Al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada
di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi
berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di
Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri
dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain
berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa
kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan
besar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganang
yang dipisahkan oleh laut yang luas.
Kesimpulannya. Setelah membaca berbagai sumber hadis dan pendapat ulama
di atas tadi, semakin jelaslah pada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih
ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun
panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum
mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan
seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka
akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun
mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi
canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan
segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.
Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi
kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka
itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun.
Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10
bilion orang, tapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir
besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki
bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat
ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus
tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu
mereka. Termasuklah juga kepada Yafits iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog)
iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat
terbang silam yang telah ditemui oleh para pengkaji serata dunia,
ditambah lagi oleh catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan
China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa di zaman silam
sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak
kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj yang ramai
ini.

Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj
ini adalah bersebab dari teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka
mungkin punya senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan
kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan
mungkin lebih hebat dari senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi
pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, mereka
tidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu
kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan ramai manusia di muka bumi akan
mati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke
gunung-ganang menjauhi kaum ini.
Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas
tadi, adakah anda masih anggap bahawa UFO dan alien berasal dari
angkasa lepas? Atau, adakah anda anggap UFO itu adalah kenderaan kaum
Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya
sendiri berpendapat bahawa UFO dan alien bukan datang dari angkasa
lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu
kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah Yakjuj dan Makjuj
belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini.
Ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak
dapat dibongkar oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap mereka
sudah serba canggih. Maka kalau alien itu tidak ada kaitan langsung
dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu dan siapakah
sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?
Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan
fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh
Barat dan agama-agama lain. Ini kerana pada kita ada Al-Qur’an, kitab
terakhir dan teragung (The Final Revelation) yang mana ayat-ayat
mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu darinya
(terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut
bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya
punya akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan
menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperolehi tidak lama lagi,
mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tapi yang pasti ialah
bahawa janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.
Semoga siri artikel mengenai Yakjuj dan Makjuj ini dapat menimbulkan
keinsafan dan mendorong diri setiap Muslim untuk berjuang memertabatkan
ilmu ke tahap yang diajarkan oleh Allah dan ke jalan yang diredhaiNya.
InsyaAllah.
Wallahua’lam.
sumber : ibnuyusof megasutera