Friday, December 16, 2011

Tentang Seorang Lelaki

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
tentang seorang lelaki
Tentang Seorang Lelaki :
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
.
Bahasa lelaki adalah berlainanLelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.
.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
.
Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
.
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di masabual biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
tentang lelaki

10 Tabiat Rosakkan Otak

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Antara 10 Tabiat Rosakkan Otak :
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Tabiat Rosakkan Otak
p/s : Jadi gunakanlah otak kita sebaik mungkin kerana otak merupakan organ yang penting untuk manusia berfikir dan pusat kawalan utama bagi badan… Jom kongsi fakta penting ini bersama kawan-kawan facebook korang agar dapat elakkan otak kita daripada rosak.. :)

Otak Mat Rempit

Johan seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengorat anak anak gadis di kampungnya.
otak mat rempit
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Johan terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Johan telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Johan sehingga tembus ke belakang tengkuk Johan.
Bergegas Pak Mat ayah Johan ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Mat bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya..
Pak Mat: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Mat: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Mat: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Mat: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua…
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Mat: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Selamat Beramal~ Jangan lupa share dengan rakan FB anda :)

Otak Anda 18 SX Atau Normal

Assalamualaikum.. hari ni  nak uji otak2 pembaca pembaca dengan memeriksa sama ada otak anda lebih kepada 18 sx atau normal?.. hahahahaha :| lihat gambar di bawah dan apa yang anda nampak?..
Menurut Kajian, Kanak-kanak tidak nampak gambar seseorang berintim sebaliknya
menampakkan 9 Dolphin,
ini menunjukkan mereka tidak pernah melihat atau membayangi apa-apa berkaitan 18sx
dan hanya menampakkan binatang disebalik gambar tersebut.
jika anda nampak gambar seseorang sedang berintim, maknanya anda perlu mencucikan fikiran anda. hehe..

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis?

Kisah di sebalik sejarah ..
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalampertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.
1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu..
FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini Cuba disembunyikandalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nadamarah Dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya: 
Hang sihat, hang buat apa, hang apak habar, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang Ada kat sana..
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ.
Lagi….
Lagi…
Hang dok buat apa laei…

KES MURTAD DI SISI LAIN

Jika nama asalnya Nurhidayahtullah binti Akhbar Agung, kemudian ditukar kepada Nur Jesica Jacob kemudian ditukar lagi kepada Sara Lucas untuk menafikan keIslaman asalnya, apalah kita perlu ambil peduli? Bukankah hak menganut agama itu hal individu? Kenapa kita mesti sebuk?

Jika ia sudah membuat keputusan begitu rupa, sampai hilang status bangsanya sendiri, apa pentingnya kita hendak mempertahankan keMelayuannya. Sudah berapa ramai, yang bermohon penukarannya, dalam masa menunggu kelulusan, mereka dengan sendiri sudah keluar dan sudah tidak jadi Melayu lagi. Di sisi Islam, ia secara automatik sudah tidak Islam.

Kalau kita hebuh-hebuhkan, akan kembalikah mereka menjadi Melayu tulin? Jika kita membantah juga, apakah perkara ini seperti masuk panggung dan boleh keluar sekejap membeli kuaci kemudian masuk semula?

Bukankah untuk mengambil ukuran bercakap Melayu, cakap Melayu sekarang pun sudah kian pupus? Mau mengambil ukuran budaya? Bukankah budaya Melayu pun sudah dikoyak-koyak? Jika mengambil perkiraan di sisi agama, agama pun sudah jadi kucar kacir.

Jadi untuk apa pula kita hebuh-hebuh, sedangkan hakim dan mufti, pegawai pentadbir dan pemelihara undang-undang syariah, termasuk juga ketua-ketua agama, (sebahagian besar) tidak pernah bersuara dalam pemurtadan dan kemurtadan orang Islam. Dan apa untungnya kalau kita tahu Islam Syarifah Syuhada kalau sejak kecil si Syarifah Syuhada (contoh; semoga tidak wujud nama ini) tidak pernah kenal apa itu Islam, sedangkan ia lebih dekat dengan rumah persembahan, kemudian dia dimandikan dengan air sumpah dan kemudiannya menggilai pemuda Ambon beragama Melinium.(Contoh agama baru di era Islam Hadari)

Kerana ia merasa ia bukanlah dan tidak pernah disentuh sedikit pun roh Islam, maka adakah tidak patut dia memohon menukar nama dan agama asalnya?

Kita hebuh kerana kita seperti kenal Syarifah Syuhada atau Nurhidayatullah. Ia seakan-akan beragam Islam walaupun tidak pernah solat. Kita pun mendakwa dia Islam dari segi kuantitinya saja. Kita akuinya kerana ia salah satu buih-buih umat Islam.

Ertinya kitalah sangat prihatin dan peka , walaupun iman yang terlibat itu senipis kulit bawang. Walaupun ia cuma buih, tentulah ia dikatakan Islam juga. Maka kerana atas nama Islam, kita merasa bertanggung jawab ke atas maruah Islam, bukan kerana nama Nurulhidayatullah atau Syarifah Syuhada yang sekaligus Melayu kebetulan Islam, misalnya.

Maruah dan kesucian Islam dan ianya hanya dirasai oleh sebahagian orang, bukan semua. Ia dirasai dan terasa sentuhan oleh mereka yang memiliki iman, yang membaca dan mennghayati frasa dan klausa tersebut.

Tapi malang klausa inilah pula yang tidak dirasai oleh orang-orang yang kononnya bersikap terbuka, liberal. Manakala hakim-hakim yang beragama Islam telah juga menunjukan tidak peka beradasarkan mereka sebagai pengamal undang-undang mesti berlaku adil di atas fakta kes. Termasuk juga para penguasa agama dan pemimpin politik yang kononnya bersikap lebih terbuka atas nama Malaysia negara majmuk dan perlu menghormati agama lain.

Maka tidak hairanlah hal ini bukan saja tidak dipeduli, malah dibiar begitu-begitu. Oleh itu kita merasa tersangat malu apabila ada seorang anggota penting dalam Biro Agama sebuah parti politik tercangak-cangak apabila diminta bercakap tentang Perkara 121(1A) dalam satu forum. “Menatang apa Perkara 121 (1A)?” tanyanya dengan bisk-bisik. Dan kita menjadi terpinga-pinga apabila ada menteri yang menganggap terhadap kumpulan yang peka dan bertanggung jawab dalam hal ini dianggap kumpulan bodoh.

Inilah salah satu punca mengapa soal-soal murtad dan sensitiviti agama dan Enakmen-enakmen, Akta, Peraturan, Jadual yang ada dalam perlembagaan yang ada sangkut paut dengan Islam, menjadi sebegini rupa sejak akhir-akhir ini. Tetapi dalam masa yang sama orang-orang seperti inilah pula yang bermati-matian mempertahankan Islam agama rasmi persekutuan.

Ternyata orang-orang seperti ini, agama bukanlah pancang dalam hidup mereka. Apabila mereka hendak bercakap dalam majlis atau merasmikan acara kerana tentatifnya tertulis nama mereka, maka mereka akan meminta setia usaha atau mana-mana pegawai yang tahu tentang agama, menulis teks untuk dia berucap.

Mereka bercakap semata-mata untuk menyesuaikan teks dengan bentuk majlis. Dan bukan mustahil jika mereka berucap pula dalam majlis perasmian jenama arak yang baru, mereka akan ketepikan pula hal agama. Mereka akan mencari hujah untuk menggambarkan keterbukaan mereka.

Seperti kes Nurhidayatullah atau Jasica Lucas (nama yang tidak ada kena mengena sama ada yang hidup atau yang sudah mati) misalnya, kita melihat bukan saja hal-hal agama itu cuba dipertikai walaupun beberapa klausa, peraturan dan jadual sangat nayata bagaimana isu agama Islam tidak seharusnya dipertikai, ditentang dan diforumkan tetapi jelas kita melihat bagaimana orang Islam itu sendiri tidak tahu menghormati, memahami dengan tepat dan betul. Jelas yang berlaku sekarang, kebanyakan orang Islam sendiri bercakap di sisi lain sebagai membuktikan mereka orang yang liberal, terbuka dan menganggap kebebasan bersuara dan beragama itu mengatasi apa yang tercatit di dalam perlembagaan atau peraturan.

Oleh yang demikian bukanlah soal Syarifah Syuhada atau Nurhidayatullah atau Jasica Jacob keluar dari Islam tetapi sikap ‘beberapa kerat’orang Islam itu sendiri sebenarnya. Ini termasuklah penguasa-penguasa agama, hakim-hakim yang beragama Islam atau pemimpin politik yang turut juga bertanggung jawab terhadap agamanya (Islam)

Manakala golongan orang Islam yang bercakap dan mempertahankannya hanyalah dari jongos-jongos agama, kadi, mufti dan ulama yang pada anggapan mereka tidak mempunyai kuku dan tersangat nihil pemikiran mereka.

Contoh yang terbaik dapat kita lihat apa yang diterima oleh Mufti Negeri Perak, Dato’ Seri Hj Hairussani yang dianggap siapa lebih besar dalam menangani isu seperti ini.

Pandangan dan hujjah mereka yang berlandaskan perlembagaan, undang-undang, percahan dan jadual dinafikan. Manakala media dikelola dan dikendali oleh mereka yang kosong ilmu dalam hal ini. Mereka lebih memahami dan takut soal-soal Akta Rahsia Rasmi, sensitif isu dari perkara-kara agama. Maka apa yang disiarkan oleh media hanyalah lontaran lojik dari golongan yang dikatakan sekkular, liberal.

Dalam Resolusi Perhimpunan Sejuta Umat pada 23 Julai 2006 yang lalu, yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan menyebut; The New Straits Times dan The Star sering memberi keutamaan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan ini dan menahan pula daripada menyiarkan kebanyakan pandangan yang menentang. Di sebut juga seperti SIS dan HAKAM adalah penentang kuat syariah telah diberi ruang yang luas dan mereka menulis sesuatu yang negativ.

Mana dia pemimpin dan orang-orang yang Islam yang mempunyai kuasa tentang media? Ini kes Islam, kenapa orang Islam yang mempunyai kuku tidak prihatin dan tersentuh dalam soal ini?

Kita melihat ini dari segi perlembagaan dan undang-undang. Mengapa orang yang sering mempertikaikan klausa perlembagaan, undang-undang dibiarkan begitu-begitu sedangkan di sisi lain, misalnya soal-soal sensitivit bangsa, ISA dan perkauman mereka mampu bersuara dan menyekatkan?

Barangkali sudah ada di zaman ini sebahagian besar orang Islam menganggap Islam itu tidak lebih dari budaya.

Tidak perlu kita pergi lebih jauh dalam soal agama ini. Lihat saja percambahan kuil-kuil yang tidak mengikut peraturan Kerajaan Tempatan, Akta Tanah, sensitiviti masyarakat yang berlaku di mana-mana. Contohnya seperti perarakan yang tidak ada kena mengena dengan agama, dibenarkan berarak menganggui orang awam, pada hal perarakan itu hanyalah upacara kemegahan etnik.

Kenapa mereka yang mempunyai kuasa, yang mampu bertindak, yang berhak mengeluarkan arahan tidak berbuat demikian? Apa yang berlaku sekarang kita melihat golongan ini ingin mebberi tahu kepada orang lain bahawa mereka bersikap terbuka dan hanya menghafal ‘kebebasan beragama’ tetapi tidak melihat lebih jauh tentang hak dan kejawipannya terhadap agama yang dianutinya.

Pada satu waktu dulu saya pernah menulis surat kepada pihak yang meluluskan perarakan yang kononnya berimejkan agama, di mana perarakan itu melampaui ke taman-taman perumahan hanya untuk menuju ke sebatang sungai cetek. Perarakan itu alasan saya bukan perarakan tuntutan agama kerana tidak ada bab-bab seperti dituntut dalam agama itu. Apa yang saya dapat jawapan dari penguasa tersebut, hanyalah senyum sinis dan menganggap saya sebagai orang yang fanatik agama. Dan lebih malang jawapan yang diberi ialah kita perlu menghormati agama lain.

Oleh yang demikian apa yang kita hadapi sekarang bukan disebabkan Syarifah Syuhada atau Nurulhidayatullah menukar nama jadi Suzi atau Jesica Jacob dan terus keluar dari Islam, sebaliknya di sisi lain, bahawa sebenarnya hal ini hal maruah, hal undang-undang, hal peruntukan perlembagaan.

Tulisan ini pastinya ditujukan kepada mereka yang ada kuasa, baik para hakim, pendakwa, golongan yang kononnya terbuka atau liberal. Mereka sebenarnya mampu berfikir kearah hak dan maruah Islam. Mereka bukan tidak mampu berkata tidak tetapi sengaja tidak mahu berkata tidak.

Kenapa mereka yang ada kuasa, yang mampu mencipta Akta Tambahan dan Peruntukan, Jadual-jadual di dalam Perlembagaan tidak berbuat demikian? Tidak bolehkah diwujudkan badan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian ini secara adil?
Tidak adakah orang undang-undang, hakim-hakim yang tahu tentang seluk belok undang-undang Islam? Dan yang lebih penting, apakah tidak ada secebis pun rasa tanggung jawab terhadap Islam yang disebut di dalam Perlembagaan?

Sekarang mahkamah secara tidak langsung dijadikan medan berhujah tentang Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Apabila berhujah, golongan ini menunjukan kebebalan mereka untuk meletakkan perundangan syariah sekadar ‘ administrative personal tribunal’ yang boleh diketepikan bila-bila masa oleh Mahkamah Tinggi berdasarkan hanya undang-undang sivil.

Mahkamah-mahkamah syariah diletakan di dalam perlembagaan dengan kuasa-kuasanya tetapi gologan ini berusaha meletakkan hak mahkamah syariah di luar biadang kuasanya dan berusaha dengan segala upaya menidak setandingnya dengan mahkamah sivil.

Ia sangat tidak bersifat ilmu tetapi lebih kepada sakit hati, tidak senang, resah kerana mereka menemui Islam dalam keadaan sakit jiwa.
Kenapa jadi begini? Di mana penguasa, pemimpin dan mereka yang mampu menterjemahkannya atas tanggung jawab terhadap agama yang mereka anuti?

Jangankan hal ini tidak dipeduli, sebaliknya pemimpin politik beragama Islam, cuba menunjukan kelibralan mereka, keterbukaan mereka kerana hipokrit, sanggup menyokong hasrat menyamaratakan semua agama, turut menyokong perjuangan kebebasan berfikir secara mutlak sampaikan soal murtad patut diberi kebebasan kepada umat Islam. Tidak cukup dengan itu, diminta hapuskan pula undang-undang kawalan berasaskan agama dan memperlekehkan institusi agama, undang-undang syariah.

Pada hal, sekiranya mereka ingin membuka sedikit ruang untuk berfikir tanpa perlu beristighfar berkali-kali pun, mereka sedar betapa Malaysia adalah negara berdaulat dan Islam sudah termaktub dengan perkara 3nya; Islam adalah agama Persekutuan.

Bukankah semua rakyat, termasuk pemimpin, lebih-lebih lagi yang beragama Islam terlibat pmempertahankan dan melaksanakan ikrar yang Dipertuan Agung, menurut Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan di mana semua berkewajipan memelihara Agama Islam?

Bukankah semua, termasuk mereka yang memiliki kuasa, pengaruh, sedar bahawa undang-undang dan polisi hendaklah mengambil kira pandangan Islam dan tidak boleh menyanggahi prinsip Islam? Dan bukankah menjadi provokasi sekiranya ada cabaran tentang kedaulatan Islam dan membolehkan timbulnya ketidakstabilan negara?

Kerana itu kes-kes murtad dan apa yang berlaku kepada Syarifah Syuhada atau Nurulhidayatullah atau Suzi atau Jesica Jacob (bukan nama sebenar) pada sisi lain sangat merbahaya kepada kesetabilan umat mahupun maruah Islam itu sendiri.
Pada sisi lain juga bukan sekadar kes murtad Hidayatullah atau Jasica Jacob, tetapi masa depan kedudukan Islam akan menjadi kuasa marjinal, sampah di sisi undang-undang dan melukut di sisi kewibawaan perundangan mahkamah.

Urusan perundangan yang bersangkut paut dengan Islam, akan menjadi barangan yang ‘expired’ dan senantiasa diperbaharui ketika berhadapan dengan mahkamah.

Soalnya, apabila kes-kes murtad yang berlaku kini, apabila mempertikaikan di mana patut diletak dan harus diubah institusi perbicaraan, di mana maruah dan iman golongan yang bertanggung jawab ini?
Katakan kes murtad mengalami kekalahan dari segi teknikalnya saja, apakah golongan yang bertanggung jawab ini akan ketawa; ia adalah keadilan undang-undang dan itulah Islam sebenar.
Kita ingin bertanya, bagaimana masa depan setelah golongan ini kojol nanti? Di sisi lain, akan apa jadinya undang-undang Islam ini?
Amin.