Thursday, March 17, 2011

MASALAH OBESITI DAN KESAN PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

Bismillahirrahmanirrahim...




Pasti ramai tidak menyedari peningkatan bilangan penyakit diabetes atau kencing manis dan obesiti yang berkait rapat dengan kesan pengambilan gula.

Pengambilan gula pada kadar berpatutan yang diperlukan tubuh tidak akan menjejaskan kesihatan. Ia hanya mengundang padah apabila pengambilan secara berlebihan yang menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesiti, kemurungan serta kerosakan gigi.

Sama seperti karbohidrat, gula ialah punca utama tenaga untuk tubuh. Gula bukan sekadar partikel kecil berkilat tetapi juga boleh diperoleh daripada sumber lain seperti seperti susu (laktosa) dan buah-buahan (fruktosa).

Malah semua perkataan yang berakhir dengan ‘ose’ (dalam bahasa Inggeris) adalah gula, misalnya glukose, sucrose (bahan pemanis) dan dextrose (rasa manis dalam madu).

Presiden Persatuan Obesiti Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor, berkata berbanding negara lain seperti Thailand, harga gula di Malaysia masih murah.

Justeru, ancaman kesihatan seperti masalah obesiti, kardiovaskular dan diabetes di Malaysia tidak akan berakhir selagi negara tidak mempunyai strategi kesihatan yang berkesan.

“Kenaikan harga gula adalah satu daripada cara. Mungkin ia akan membebankan golongan tidak berkemampuan tetapi mereka boleh dibantu dengan cara lain,” katanya.

Malah, Dr Mohd Ismail berpendapat, kenaikan harga gula itu sepatutnya sudah dibuat sejak dulu.

“Jika kenaikan harga gula menyebabkan harga minuman atau makanan kegemaran anda turut naik, mungkin ini masanya untuk berubah selera,” katanya.

Berikut ialah pelbagai jenis komplikasi penyakit akibat pengambilan gula secara berlebihan:

# Obesiti dan kegemukan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015. Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami kegemukan pada 2005.

Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori.

Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain.

Selain itu, ia juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau berbasikal yang dapat membakar kalori.

Tidak lama dulu, WHO juga melaporkan mengenai kajian di Afrika Selatan pada 2003 yang mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti dan karies gigi. Kira-kira 20 peratus kalangan dewasa mengalami masalah obesiti, manakala sembilan peratus kanak-kanak turut mengalami masalah sama.

Mengikut garis panduan WHO, kegemukan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 25 dan mereka yang melebihi bacaan 30 dikategorikan sebagai obesiti.

# Diabetes

Selain obesiti, pengambilan gula berlebihan ditambah dengan tabiat malas bersenam juga mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab Diabetes Jenis Dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta turut dikaitkan dengan tumor barah.

Sekadar perbandingan, pada 1996 seramai 6.5 peratus rakyat Malaysia berusia lebih 30 tahun disahkan menghidap diabetes. Sedekad kemudian, jumlah itu meningkat kepada 9.5 peratus. Lebih menakutkan, pada tahun sama dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun disahkan sebagai penghidap diabetes.

Malah, dalam tempoh 10 tahun akan datang, kira-kira 25 peratus warga Malaysia bakal menghidap diabetes jika tiada sebarang usaha pencegahan dibuat.

Walaupun diabetes dikaitkan dengan faktor genetik tetapi mengubah cara hidup mampu mencegah diabetes. Dari sudut perubatan, diabetes adalah kegagalan tubuh memproses gula dan kegagalan untuk menyingkirkannya dari salur darah. Justeru, kadar gula yang banyak dalam darah meningkatkan risiko sakit jantung dan strok atau angin ahmar, selain menyebabkan ginjal terjejas. Kadar gula yang tinggi juga menjejaskan sistem tubuh hingga menyebabkan buta.

# Jangkitan kulat

Setiap satu sudu gula berupaya menekan sistem imun tubuh hingga enam jam lamanya. Gula juga menggalakkan pertumbuhan kulat di luar kawalan dalam sistem pencernaan. Kulat dikenali ‘candida albicans’ boleh merebak ke organ dalaman dan sistem pernafasan. Simptom paling biasa jangkitan kulat ini ialah jangkitan yis, masalah pencernaan atau lelah.

Bagi sesetengah orang, gula lebih menggemukkan berbanding lemak. Malah di kalangan kanak-kanak dan remaja, punca kalori yang utama ialah minuman berkarbonat dan jus yang mengandungi kandungan gula tinggi. Gula dalam bentuk cecair lebih banyak menimbulkan masalah kerana kita cenderung untuk mengambilnya dalam jumlah berlebihan.

Diet yang dipenuhi dengan pengambilan makanan tinggi kalori akan menyebabkan obesiti dan diabetes. Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. Secara bersama, obesiti dan diabetes adalah faktor risiko utama masalah jantung.








BERTENGKAR CARA BAIK

Bismillahirrahmanirrahim...


Pelbagai kajian oleh penyelidik telah membuktikan perhubungan yang renggang akan memberi impak negatif kepada kesihatan kita. Perkahwinan yang buruk juga didapati lebih cenderung menjadi punca wanita diserang sakit jantung dan masalah depresi.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perselisihan faham adalah lumrah dalam hidup berpasangan. Cuma, ia mungkin perlu dilakukan dengan lebih baik.

Sebabnya, satu kajian baru ke atas pasangan yang telah berkahwin mendapati penggunaan perkataan yang betul sewaktu bertengkar boleh memberi impak yang berbeza.

Penggunaan bahasa bersifat analitikal seperti 'fikir', 'kerana' atau 'faham' sewaktu sesuatu perdebatan tercetus mampu mengurangkan tekanan dalam sesi debat itu.

Kajian itu disiarkan dalam edisi jurnal Health Psychology terbaru. Ia mendedahkan, secara umumnya bahan kimia cytokine dibebaskan oleh tubuh sepanjang tempoh tertekan dalam perdebatan. Cytokine mampu mengurangkan tahap imunisasi seseorang dan mendedahkan individu kepada risiko penyakit lain.

Seorang profesor madya dalam bidang kesihatan tingkah laku bio, Jennifer Graham berkata, seramai 42 pasangan heteroseksual telah terlibat dalam kajian perbincangan tersebut. Tahap cytokine mereka dinilai sebelum dan selepas perbincangan itu berlangsung.

Kemudian, setiap pasangan diminta mengadakan perdebatan hangat tentang isu-isu penting. Misalnya, isu benci tindakan ibu pasangan yang selalu datang ke rumah dan merasakan pasangan terlalu mengawal wang.

Sepanjang sesi yang berlangsung selama 30 minit itu, para penyelidik menggunakan satu perisian bahasa untuk mengira bilangan perkataan bersifat 'kognitif' yang digunakan oleh setiap peserta. Mereka mendapati dalam sesi perbincangan yang lebih hangat, penggunaan bahasa bersifat analitikal yang lebih banyak tidak meningkatkan kadar bahan kimia itu dalam tubuh.

Pengerusi Jabatan Psikologi dari Universiti Texas-Austin, James W. Pennebaker yang mengkaji peranan bahasa dalam sesebuah perhubungan berkata, perkataan kognitif sememangnya sangat hebat.

"Sebabnya, penggunaan perkataan-perkataan seperti ini bermakna seseorang sedang mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan menghargai perspektif pasangan masing-masing," katanya.

Kajian mendapati kepetahan seseorang wanita dilihat sebagai satu kaedah mengurangkan perasaan tertekan seseorang lelaki, selain membantunya 'melonggarkan' sedikit pandangan yang kompleks.

Wanita biasanya menghabiskan lebih banyak masa untuk menganalisis sesuatu perhubungan dan meluahkan perasaan mereka secara tidak langsung. Sekurang-kurangnya itu bermakna mereka mampu menyelesaikan masalah sendiri menerusi pelbagai sudut pandangan.

Oleh itu, golongan suami menerima manfaat daripada kata-kata yang keluar dari mulut si isteri.

Bagaimanapun, kata-kata baik yang keluar dari mulut kaum lelaki tidak begitu memberi kesan ke atas tahap keseimbangan cytokine golongan Hawa.

Mungkin atas sebab itulah sumbangan kata-kata kognitif seseorang lelaki tidak berupaya memberi tindak balas kepada tahap cytokine seseorang wanita.

Seorang profesor linguistik dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, Deborah Tannen pula berkata, kebanyakan wanita lebih mementingkan perbincangan berbanding jenis bahasa yang digunakan. Penulis buku You Just Don't Understand: Women and Men in Conversation itu memberitahu, wanita bangga jika lelaki berusaha menyelesaikan sesuatu masalah.

Tambahnya: "Sudah tentu pemilihan perkataan-perkataan yang konstruktif penting tetapi ia tidak menjamin pasangan itu boleh mendapat jalan penyelesaian kepada masalah mereka." - MSN Lifestyle

Tips

Sumber Daripada:Anizyin.wordpress.

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAT (HIKMAH)

Bismillahirrahmanirrahim


Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
































Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.



Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

Wednesday, March 16, 2011

Abdul Qadir Jailani


Bismillahirrahmanirrahim

‘Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, (Parsi: عبد القادر گیلانی Abdolɢāder Gilāni) (juga dieja Abdulqadir Gaylani, Abdelkader, Abdul Qadir, Abdul Khadir - Jilani, Jeelani, Jilali, Gailani, Gillani, Gilani,Al Gilani) (470–561 H. / 1077–1166 M.) adalah sheikh pendakwah sufimazhab Hanbali keturunan Parsi. dan pemimpin mazahab Sufi Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H., 1078 M., di daerahGilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian. Oleh kerana bahasa Parsi tidak memiliki "G" dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.
Gilani tergolong dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaranMuhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan"), kerana dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufi yang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan sedemikian.

Biografi

Biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani termuat dalam kitab Adz Dzail 'Ala Thabaqil Hanabilah I/301-390, nomor 134, karya Imam Ibnu Rajab Al Hambali. Tetapi, buku ini belum diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.
Beliau adalah seorang ulama besar sehingga suatu kewajaran jika sekarang ini banyak kaum muslimin menyanjungnya dan mencintainya. Akan tetapi kalau meninggi-ninggikan derajat beliau berada di atas Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, maka hal ini merupakan suatu kekeliruan. Karena Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam adalah rasul yang paling mulia di antara para nabi dan rasul yang derajatnya tidak akan pernah bisa dilampaui di sisi Allah oleh manusia siapapun.
Ada juga sebagian kaum muslimin yang menjadikan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani sebagai wasilah (perantara) dalam do'a mereka. Berkeyakinan bahwa do'a seseorang tidak akan dikabulkan oleh Allah, kecuali dengan perantaraannya. Ini juga merupakan kesesatan.
Menjadikan orang yang sudah meninggal sebagai perantara tidak ada syari'atnya dan ini sangat diharamkan. Apalagi kalau ada yang berdo'a kepada beliau. Ini adalah sebuah kesyirikan besar. Sebab do'a merupakan salah satu bentuk ibadah yang tidak boleh diberikan kepada selain Allah. Allah melarang makhluknya berdo'a kepada selainNya. Allah berfirman, yang artinya:
"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah." (QS. Al Jin:18)
Kelahirannya Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang 'alim di Baghdad yang lahir pada tahun 490/471 H di kota Jailan atau disebut juga Kailan. Sehingga di akhir nama beliau ditambahkan kata Al Jailani atau Al Kailani atau juga Al Jiliy.
Pendidikannya Pada usia yang masih muda beliau telah merantau ke Baghdad dan meninggalkan tanah kelahirannya. Di sana beliau belajar kepada beberapa orang ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthath, Abul Husein Al Farra' dan juga Abu Sa'ad Al Mukharrimi sehingga mampu menguasai ilmu-ilmu ushul dan juga perbedaan-perbedaan pendapat para ulama.
Pemahamannya Beliau seorang Imam bermadzhab Hambali. Menjadi guru besar madzhab ini pada masa hidup beliau. Beliau adalah seorang alim yang beraqidah ahlus sunnah mengikuti jalan Salafush Shalih. Dikenal banyak memiliki karamah-karamah. Tetapi banyak pula orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau. Kedustaan itu baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran, "thariqah" yang berbeda dengan jalan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, para sahabatnya dan lainnya.
Syaikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan dalam kitabnya, Al Ghunyah, "Dia (Allah) di arah atas, berada di atas 'ArsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu. "Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadits-hadits, lalu berkata, "Sepantasnya menetapkan sifat istiwa' (Allah berada di atas 'ArsyNya) tanpa takwil (menyimpangkan kepada makna lain). Dan hal itu merupakan istiwa' dzat Allah di atas 'Arsy.
Dakwahnya Suatu ketika Abu Sa'ad Al Mukharrimi membangun sekolah kecil di sebuah daerah yang bernama Babul Azaj dan pengelolaannya diserahkan sepenuhnya kepada Syaikh Abdul Qadir. Beliau mengelola sekolah ini dengan sungguh-sungguh. Bermukim di sana sambil memeberikan nasehat kepada orang-orang yang ada di sana, sampai beliau meninggal dunia di daerah tersebut.
Banyak sudah orang yang bertaubat demi mendengar nasihat beliau. Banyak orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang ke sekolah beliau. Sehingga sekolah ini tidak kuat menampungnya. Maka diadakan perluasan.
Imam Adz Dzahabi dalam menyebutkan biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam Siyar A'lamin Nubala, menukilkan perkataan Syaikh sebagai berikut, "Lebih dari lima ratus orang masuk Islam lewat tanganku, dan lebih dari seratus ribu orang telah bertaubat."
Murid-murid beliau banyak yang menjadi ulama terkenal, seperti Al Hafidz Abdul Ghani yang menyusun Umdatul Ahkam Fi Kalami Khairil Anam. Ibnu Qudamah penyusun kitab fiqh terkenal Al Mughni.
Wafatnya Beliau Wafat pada hari Sabtu malam, setelah maghrib, pada tanggal 9 Rabi'ul Akhir tahun 561 H di daerah Babul Azaj.
Pendapat ulama Ketika ditanya tentang Syaikh Abdul Qadir Al jailani, Ibnu Qudamah menjawab, "Kami sempat berjumpa dengan beliau di akhir masa kehidupannya. Beliau menempatkan kami di sekolahnya. Beliau sangat perhatian kepada kami. Kadang beliau mengutus putra beliau Yahya untuk menyalakan lampu buat kami. Terkadang beliau juga mengirimkan makanan buat kami. Beliau senantiasa menjadi imam dalam shalat fardhu."
Ibnu Rajab di antaranya mengatakan, "Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang yang diagungkan pada masanya. Diagungkan oleh banyak para syaikh, baik ulama dan para ahli zuhud. Beliau memiliki banyak keutamaan dan karamah. Tetapi ada seorang yang bernama Al Muqri' Abul Hasan Asy Syathnufi Al Mishri (orang Mesir) mengumpulkan kisah-kisah dan keutamaan-keutamaan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam tiga jilid kitab. Dia telah menulis perkara-perkara yang aneh dan besar (kebohongannya). Cukuplah seorang itu dikatakan berdusta, jika dia menceritakan segala yang dia dengar. Aku telah melihat sebagian kitab ini, tetapi hatiku tidak tenteram untuk meriwayatkan apa yang ada di dalamnya, kecuali kisah-kisah yang telah masyhur dan terkenal dari kitab selain ini. Karena kitab ini banyak berisi riwayat dari orang-orang yang tidak dikenal. Juga terdapat perkara-perkara yang jauh (dari agama dan akal), kesesatan-kesesatan, dakwaan-dakwaan dan perkataan yang batil tidak terbatas. Semua itu tidak pantas dinisbatkan kepada Syaikh Abdul Qadir Al Jailani. Kemudian aku dapatkan bahwa Al Kamal Ja'far al Adfawi telah menyebutkan bahwa Asy Syathnufi sendiri tertuduh berdusta atas kisah-kisah yang diriwayatkannya dalam kitab ini."
Ibnu Rajab juga berkata, "Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki pendapat yang bagus dalam masalah tauhid, sifat-sifat Allah, takdir, dan ilmu-ilmu ma'rifat yang sesuai dengan sunnah. Beliau memiliki kitab Al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haq, kitab yang terkenal. Beliau juga mempunyai kitab Futuhul Ghaib. Murid-muridnya mengumpulkan perkara-perkara yang banyak berkaitan dengan nasehat dari majelis-majelis beliau. Dalam masalah-masalah sifat, takdir dan lainnya, ia berpegang pada sunnah. "
Imam Adz Dzahabi mengatakan, "intinya Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki kedudukan yang agung. Tetapi terdapat kritikan-kritikan terhadap sebagian perkataannya, dan Allah menjanjikan (ampunan atas kesalahan-kesalahan orang-orang beriman). Namun sebagian perkataannya merupakan kedustaan atas nama beliau." (Syiar XX/451).
Imam Adz Dzahabi juga berkata, "Tidak ada seorangpun para ulama besar yang riwayat hidup dan karamahnya lebih banyak kisah hikayat, selain Syaikh Abdul Qadir Al Jailani, dan banyak di antara riwayat-riwayat itu yang tidak benar bahkan ada yang mustahil terjadi."
Syaikh Rabi' bin Hadi Al Makhdali berkata dalam kitabnya, Al Haddul Fashil, hal.136, "Aku telah mendapatkan aqidah beliau (Syaikh Abdul Qadir Al Jailani) di dalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. Maka aku mengetahui dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syi'ah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf.

Hasil karya


Sesetengah hasil karya Jilani yang terkenal termasuk:
  • Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Agama dan Kebenaran)
  • Al-Fath ar-Rabbani (The Sublime Revelation)
  • Malfuzat (Utterances)
  • Futuh al-Ghaib (Revelations of the Unseen)
  • Jala' al-Khatir (The Removal of Care)

Sumber Daripada:
 Wikipedia



Kelebihan Solat tahajjud

Bismillahirrahmanirrahim


Diantara kelebihan-
kelebihan solat tahajjud:


  • Solat yang paling
    afdhol selepas
    solat-solat fardhu ialah solat tahajjud, akan tetapi amatlah sedikit
    yang dapat melakukannya


  • Hadith :Jibril a.s.
    telah datang
    kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:"Wahai Muhammad hiduplah
    selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa
    yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan
    lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan
    kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan
    ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."


  • Nabi s.a.w :"2 rakaa't
    solat tahajjud
    itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya
    aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".


  • Solat tahajjud
    merupakan petanda
    orang-orang soleh.


  • Solat tahajjud juga
    merupakan
    penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan
    perbuatan keji dan mungkar.


  • Dengannya dapat
    memadamkan dosa-dosa.


  • Dapat menyihatkan badan


  • Dan pada bahagian 1/3
    akhir malam
    Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat
    orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang
    yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta petunjuk ?
    maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga
    maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon
    perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."


  • Tidak ada pemberian
    Allah yang lebih
    utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't
    solat tahajjud.


  • Waktu tahajjud adalah
    waktu untuk
    meminta kepada Allah s.w.t


  • Waktu tahajjud adalah
    waktu yang
    teristemewa untuk penerimaan doa.


  • Juga ia merupakan
    waktu yang mana
    seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala
    raja yang sedang terbuka.


..........................................................................................................................................................................................................................................

Dipetik dari kitab asal تَنظِيمُ الأشتات dlm bahasa arab karangan
kumpulan pelajar puteri Jameea'h Maryam Siddiqah dan Jameea'h Fatimatuz
Zahra',Raiwind. Dan diterbitkan oleh Mufti Khalel Ahmad , Raiwind
,Pakistan.

Zikir dan Fikir

Bismillahirrahmanirrahim


Tatkala bermunajat hati sentiasa berzikir,mengenang kebesaran dan keagungan Allah, tatkala itu juga kita akan merasa lemah dan mengharapkan kekuatan dari Allah melalui alunan zikir dan tasbih yang sentiasa dibisik.Apa jua zikir yang baik dibacakan dan dibisikkan di hati semuanya merupakan sesuatu yang baik bagi membentuk molikul air di dalam hati dan diri kita.Kuasa zikir sangat luar biasa jika ianya sentiasa diamalkan.Ingatkah kita kisah Nabi Yunus a.s yang bermunajat kepada Allah ketika dirinya ditelan ikan Paus,apakah kuasa zikir itu, itulah kalimah La ilaaha illa anta,subhanaka inni kuntu minal Zalimin. Setelah kalimah ini dibaca oleh baginda a.s, dengan izin Allah dirinya dikeluarkan dari kesempitan dan kegelapan perut ikan paus.Hebatkan kuasa zikir ini. Begitu juga dengan kuasa selawat ke atas nabi SAW,hal seperti ini juga mampu mengeluarkan seseorang dari masalah yang dihadapinya.
Kisah Umar yang sebelum memeluk agama Islam,apabila beliau mendengar bacaan al-Quran dari adiknya, yang membaca ayat satu sehingga lima dari surah THOHA,menjadi dalil dan zikir kepada umat Islam bahawa orang yang mengamalkan bacaan ayat ini tatkala berhadapan dengan sesuatu situasi yang tegang, apabila dia membacakan ayat ini dan meniatkan semoga bacaan itu akan melembutkan hati seseorang, insyaallah ianya akan berlaku.Justeru tatkala umar yang berniat untuk membunuh adiknya, setelah mendengar bacaan dari ayat tersebut,hatinya menjadi lunak dan beliau memeluk Islam.
Hebatnya kuasa zikir andai ia diamalkan,begitu juga bacaan harian dari zikir al-Mathurat yang telah dihimpunkan oleh Imam Hasan Al-Banna, yang mana keseluruhan doa dan zikir dari al-Mathurat itu sebenarnya merupakan anatar hadis-hadis nabi s.a.w yang mana padanya terdapat kelebihan bagi setiap orang yang mengamalkannya.Mungkin Imam Hasan al-Banna tidak menukilkan perawi-perawi hadis yang asal dari doa al-mathurta tersebut supaya ianya memudahkan orang yang ingin mengamalkannya sebagai zikir,tetapi jika ianya dirujuk melalui kitab hadis, dalam bab Doa,kita akan akan dapati keseluruhan kelebihan dari doa-doa dan zikir dari al-Mathurat itu mempunyai kelebihan yang tinggi dan dianjurkan oleh nabi s.a.w supaya kita beramal dengan doa-doa tersebut.Imam Nawawi sendiri menghimpunkan hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan doa di dalam karangan beliau iaitu al-Azkar.
Sabda nabi s.a.w: Doa itu adalah senjata orang mukmin, maka perbanyakan doa kepada Allah, moga ingatan kita kepada Allah akan sentiasa melahirkan rasa tenang di dalam hati.Firman Allah yang bermaksud:Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram (Al- Ra'd: 28)
Dalam membicarakan perihal zikir, sebenarnya zikir juga boleh lahir dari fikir, namun bagaimana langkah seseorang itu akan melahirkan fikiran yang seiring dengan zikir, jawapannya tidak lain, zikir akan lahir beserta dengan fikir setelah seseorang itu memperolehi keimanan dan hati yang bersih.Apapun keadaan iman itu,mungkin ada orang yang merasakana bagaimana mungkin seseorang itu akan beroleh pemikiran yang jernih,andai dia seorang yang banyak bersalah kepada Allah dan berdosa.Kata para ulama iman seseorang itu boleh bertambah dan berkurang,bertambah apabila ianya mengamalkan amal soleh, dan berkurang apabila ianya melakukan dosa.Maka marilah kita perbanyakkan amal soleh bagi meningkatkan keimanan kita kepada Allah.Contoh dua orang berfikir setelah melihat sesuatu kemalangan di jalan raya.Si A seringkali melihat berita berkaitan kemalangan jalan raya di kaca TV,setelah menonton kemudian dia memberikan komentar, "Asyik kemalangan je,tu lah tak berhati-hati di jalan raya".Tetapi Si B setelah melihat berita yang sama di kaca TV berkata, "Ya Allah dekatnya maut, sekalipun semalam orang yang memandu itu sehat, tapi rupanya hari ini ajal dia hanya di jalan raya.Maut itu di mana-mana, saya patut membuat persediaan sebelum ajal tiba".
Tentu pembaca dapat membezakan antara fikir dan zikir fikir.Kata seorang penyair: Sesungguhnya terdapat banyak kekuasaan Allah sekalipun dengan melihat penciptaan Allah pada diri manusia, walau hanya dengan melihat matamu,
katakanlah kepada perawat dan doktor, siapakah yang menyembuhkan sesuatu penyakit setelah mereka berikhtiar merawat pesakit,
Kepada orang yang sehat yang mati tanpa sebab, tanyalah siapa lagi yang berkuasa mematikan manusia.
Bayi yang baru lahir, siapakah yang memberikan tangisan kepada bayi tersebut,
Setiap musim yang silih berganti, siapakah yang menjadikan musim-musim tersebut?
Pada bulan yang mengambang penuh, tanyalah siapakah yang menjadikan bulan itu begitu terang.
Apabila engkau melihat bukit yang menjadi paku bumi, tanyalah siapa yang menjadikannya begitu.Segala pujian bagi Allah.

MUNAJAT

Tak kala aku resah
lantaran lemah menghadapi ujian
lalu Allah temukan hiburan
untuk mengubati hati ini
melalui ayat-ayatNya
dalam Al-Quran
Subhanallah

Ya Allah ampunkan dosaku
pada iman yang terlalu lemah
pada ilmu yang tidakku amal
pada nikmat yang tidak syukuri
pada hati yang selalu lalai
pada amanah yang pernah ku persiakan
pada keihklasan yang ditinggal
pada takdir yang pernah dipersalahkan
pada arah ibu & ayah yang tidak ditaat
pada saudara yang pernah ku sakiti
pada janji yang dimungkiri
pada lidah yang tersalah kata
Ampunilah dosaku ya Allah
Pelihara lah imanku Ya Allah
pimpinlah aku dalam redhaMu
Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah
dan berdosa
tiada apa yang lebih indah
dari rahmat dan kasihMU

Tuesday, March 15, 2011

kasiat surah al ikhlas

“A’uu dzubillaa himinasy syaithaa nirrajiim…Bismillaahirrahmaanirrahiim”
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam karena malaikat rumah akan menjawab. 

Monday, March 14, 2011

Nama Malaikat Penjaga Huruf

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, saya mulakan post. Hari ni saya akan berkongsi lagi dengan korang mengenai nama nama penjaga huruf hijaiyah. saya tak dapat tau semua, tapi kat bawah ni sebahagian je daripada puluhan huruf hijaiyah yang ada. Sekiranya sesiapa tahu lagi pasal huruf hijaiyah ni, jangan la segan segan berkongsi diruangan komen ya 
Huruf Alif
  • Ketua :- Hathmahtolqiyaai
  • Penolong :- Hadhayunin, Syalhamidin, Tomkholashin, Bukhlailakhin
Huruf Ba
  • Ketua :- Jaromhayaail
  • Penolong :- Kasyamsyakhin, Haylakhin, Mahalsyathin
Huruf Jim
  • Ketua :- Tolaqtoyaail dan Tolqiyail
  • Penolong :- Hadmakhhalasyhlakhokhin
Huruf Dal
  • Ketua :- Sakamhayail
  • Penolong :- Haltofin, Mahlalkhin, Syawidin, Syasyaltotin
Huruf Ha
  • Ketua :- Afroyail
  • Penolong :- Dzabhatin, Hamkikin, Hasytoito’in
Huruf Waw
  • Ketua :-  Tunayail
  • Penolong :- Mahdaduhin, Syaltamukhin, Barokhin
Huruf Zai
  • Ketua :- Almasyyail
  • Penolong :- Ma’adrosyin, Hatotimin, Mahatin
Huruf ha
  • Ketua :- Tofyail
  • Penolong :- Dahlikh, Kamsyalaatokhin
Huruf Tho
  • Ketua :- Astoyail
  • Penolong :- Shamhatin, Malsyakhin, Malkhosyin, Tomahin
Huruf Ya
  • Ketua :- Hardaqil
  • Penolong :- Damgigin, Halhafin, Syawiyadkhin
Fuh, pening saya baca nama malaikat huruf ni.. Kay la sini je la saya kongsi, pening woo..



Perbuatan dan Sebab Sunnah Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim









Dengan nama ALLAH saya  mulakan post. Kali ni saya nak berkongsi dengan korang tentang sebab sesuatu sunnah tu dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Kadang-kadang kita tengok, esiyh, awat la lilit lilit serban kat atas kepala ni. Pe pekdahnya. Yang lagi sayuq bila tengok orang yang pakai serban tu sendiri tak tau kenapa dia pakai serban. yang dia tahu adalah ini Sunnah Rasulullah SAW..
Heisy.. Kaji. Kaji. Kaji..
Ok, kat sini saya akan kongsi sikit mengenai beberapa Sunnah dan kebaikannya dalam kehidupan. Kenapa kita pakai serban kat kepala? Korang pernah tengok tak orang jepun bila diorang belajar atau baca buku, diorang akan ikat kepala diorang dengan sehelai kain. Itu adalah penting untuk membuatkan darah kat kepala korang ni jadi aktif, dan tak de lah korang baru je bukak buku terus mengantuk. Haa, sapa terasa cakap.
Pemakaian serban ada 7 cara, jadi, korang cari la camne 7 cara tu.. hehee..
Ok, seterusnya adalah kenapa makan kena pakai tangan belah kanan? Mudah je, sebab kat tangan belah kanan ni, memang da ada enzim pencernaan untuk cernakan makanan korang dengan cepat dan efisien. Sebab tu setiap kali makan, korang kena jilat 3 jari korang. haa, ni pun sunnah gak. Memang sodap hingga menjilat jari wooo… Bila korang jilat jari korang, maka korang akan jilat sekali enzim pencernaan tu. So, cepat la korang dapat tenaga untuk korang bekerja sebab makanan tu dah diuraikan menjadi tenaga. Kalo korang makan dengan sudu or garfu, 8 jam baru hadam… SO, useless, kuar jadi taik je..
Ok, kenapa kalo nak cebok berak kena pakai tangan kiri? Senang je, kat situ ada satu bakteria yang khusus untuk bersihkan bontot korang. Sebab tu kalo korang cebok tinja korang tu, pakai pakailah tangan kiri tu gosok. Tak de ruginya, dapat faedah adala… Tak caya test la, terasa lebih terbukti dan berkesan serta disukai ramai  :D
Dan sunnah seterusnya adalah cara tidur. Tidur tu, korang kena lah mengadap ke bahagian kanan korang, dan membentuk kalimah Muhammad. Dengan camni, korang punya makanan tu senang hadam, dan korang pun senang nak bangun Qiamullail.. Kalo korang tengok orang yang tidur dengan lambung mengadap kiri, itu adalah tidur style raja raja dulu, sebab dioran ni gemuk…
Seterusnya beberapa teguran mungkin korang tak perasan. jangan pakai selipar sebelah lain, sebelah lain. Syaitan dineraka pakai selipar sebelah kaki je. Selekeh tul.. so, korang jangan la ikut cam setan kat neraka tu. Lagi satu, jangan duduk menelentang, maknanya, tangan korang kat belakang dan kaki korang melunjur ke depan. Itu adalah duduk style penghuni neraka yang baru diseksa.
Kalo korang nak duduk style sunnah, korang duduk, dan lutut korang dirapakan kat perut korang. saya confirm, bila orang tengok korang duduk camtu, orang kat sekeliling korang akan jadi gerun kat korang. Gerun bukan apa, sebab bila korang duduk camtu, secara tak langsung korang akan seyes berfikir.. Tah la, tak tau apsal.. Bila korang seyes berfikir, berkeriut keriut dahi, tu yang orang gerun kot :D
Ok, thnaks pada semua yang baca blog saya ni :D

Menjangka Makbulnya Doa

Bismillahirrahmanirrahim





Dengan nama ALLAH, saya mulakan post. Harap akidah kita sentiasa mantap dan mapan. Hari ni saya akan berkongsi dengan korang mengenai doa, iaitu merupakna senjata biasa orang mukmin.
Ok, ada cara sebenarnya nak tau adakah doa kita akn dimakbulkan oleh tidak. Apa yang saya tunjuk ni adalah doa yang mana ALLAH akan makbulkan dalam masa terdekat. Kalo takde tanda ni, bukan bermakna doa tu tak de chance nak dimakbulkan, tapi take time.
Tanda tanda doa itu akan termakbul
  1. Merasa sesuatu yang menggerunkan
  2. Si pendoa menangis saat memanjatkan doa
  3. Menggeletar seluruh badan
saya harap, dengan adanya guideline ni, akan buatkan korang terpikir dan bersyukur bahawa doa korang dimakbulkan.
PS- Minta lah pada ALLAH sebanyak banyaknya, kerana itulah tanda kita ni hamba



Kenapa Kena Tahan Nafas?

Bismillahirrahmanirrahim



Dengan nama ALLAH saya mulakan post. Kali ni saya nak story sikit pasal kenapa kena tahan nafas? Tahan nafas? Nak wat pe, buat sakit dada je.. Sesak je.. 
Kenapa setiap kali nak membaca sesuatu asma ataupun lagi senang baca al QUran kena tahan nafas? Apa signifikannya? Penat woo tahan nafas ni.. Kalo baca dalam keadaan bernafas kan senang, boleh baca lagi panjang.
Bila kita tahan nafas ketika membaca asma ataupun ayat AL Quran, sebenarnya ianya cuba untuk mewujudkan satu resonansi gelombang hati yang tinggi. Resonansi gelombang ni penting untuk menjemput khasiat khasiat daripada apa pengamalan yang cuba korang untuk kejar atau dapatkan ..
Tapi, apa yang paling penting, resonansi hati ni amat penting kerana gelombang ini mampu untuk membuatkan satu persekitaran tenang dan hati yang lapang. Apabila hati dah lapang, ini  bermakna di dalam hati tersebut telah berjaya diisi dengan cahaya cahaya asma ataupun ayat Al Quran tersebut.
Apabila cahaya cahaya pengamalan telahpun memenuhi ruang di dalam hati, maka secara tidak langsung, efek ataupun tenaga asma ataupun pengamalan dengan mudah mampu untuk diresap kedalam diri.. Itulah pentingnya untuk menahan nafas..
Nanti korang cari la sendiri ilmu nafas.. Memang best belajar ilmu nafas. Sampai sekarang saya tengah mencari pasal ilmu nafas. Belajar, belajar jugak… yang sesak nafas, tok se la yo!



Teknik Memasuki Syurga (Confirm Masuk)

Hari ni saya akan bincangkan teknik bagaimana untuk masuk syurga edisi underground wooo… Kita akan main orang dalam kali ni. hohohoho.. Cari la kat buku mana sekalipun, takde nya teknik gini.
Cara pertama untuk memasuki syurga adalah korang mesti cari mana-mana orang soleh. Orang soleh ni selalu memencilkan diri. Tak tau la napa. Kalo dalam masyarakat tu, dia senyap berhikmah. Kalo jumpa orang gini, selalulah berkawan dengan dia. Insya ALLAH bermanfaat. Nabi SAW sendiri kata kalo pilih kawan, biar pilih yang semenggah sikit.
Da jumpa orang soleh da? Mesti korang banyak amal punya, lepas korang da jumpa orang soleh, mesti korang banyak beribadat punya. Confirm la wei… Dan akan ada satu peringkat bahawa korang akan didatangi oleh satu mimpi, yang mana akan ada orang yang akan datang kat korang dan menunjukkan dan berkomunikasi dengan korang hanya melalui bahasa isyarat.
Ha, itu adalah isyarat bahawa para wali yang datang berjumpa dengan korang. Dia gembira sebab dapat berjumpa lagi sorang hamba ALLAH yang beriman macam korang buat sekarang. Tu pasal la step pertama adalah kena jumpa dulu dengan orang beriman.
Apabila korang da selalu jumpa dengan para Wali dalam mimpi, kemungkinan besar untuk korang berjumpa dengan nabi SAW adalah sangat besar. Sebab wali adalah orang yang sangat rapat dengan Nabi SAW dan nabi SAW masih hidup di alam yang lain. Dan bila satu tahap, korang da jumpa Nabi SAW..
BERSYUKURLAH KERANA KORANG SUDAHPUN MENDAPATKAN TIKET KE SYURGA!
kerana orang yang paling hampir dengan ALLAH AZZA WAJALLA adalah nabi SAW sendiri