Friday, May 25, 2012

SAHABAT

ღ♥ Orang yang enggan menutup pandangan dari kekurangan sahabat,
sampai akhir hayat ia tidak akan dapat sahabat tanpa cacat.

ღ♥ Orang yang selalu menghitung-hitung kesalahan,
sepanjang hayat tidak ada sahabat tanpa cacat.

ღ♥ Terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya sebagaimana
kebaikan mesti diterima walau sekecil apapun.

ღ♥ Terimalah sahabatmu kerana jika sekali ia menyakitimu,
mungkin di lain kali ia akan membahagiakanmu. 

[Imam Abu Hanifah] ღ♥


4 AMALAN PALING SUSAH


Amalan yang paling berat ada empat :

1. Memberi maaf di saat marah.
2. Suka menderma di saat miskin.
3. Berbuat iffah ( menjaga kemuliaan diri) ketika sendirian.
4. Berkata benar kepada orang yang di takuti atau orang yang kita mengharapkan jasanya.

:: Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. ::



ANAK


Didik anak jadi penyanyi, rugi..
sebab, kat akhirat esok takut2 dia tarik kita masuk neraka..

Didik anak jadi hafiz, untung..
sebab nanti kat akhirat, dia boleh tarik kita masuk syurga

Didik anak jadi da'ie, lagi untung...
sebab nanti kat akhirat, dia bukan sahaja boleh tarik kita masuk syurga..tapi dia boleh tarik sebanyak mana manusia yg dia nak selamatkan drpd azab api neraka....insyaAllah :)



LAPAN PERKARA


Lapan perkara yang tidak pernah puas dari lapan hal :

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Lapan perkara tidak pernah merasa kenyang dari lapan hal ia itu :

ღ♥ Mata tidak pernah kenyang dari memandang.

ღ♥ Bumi tidak pernah kenyang dari curah hujan.

ღ♥ Wanita tidak pernah puas dari lelaki.

ღ♥ Orang alim tidak pernah puas dengan ilmu.

ღ♥ Peminta tidak pernah puas dengan permintaan nya.

ღ♥ Orang rakus ( tamak haloba) tidak pernah kenyang dengan harta.

ღ♥ Laut tidak pernah kenyang dengan air.

ღ♥ Api tidak pernah kenyang dengan kayu bakar.~*

Kitab Al-Munabbihat 'Ala al-Isti'dad Liyawm Al-Ma'ad karya Al-Syeikh Abnu Hajar Al-Asqalani ღ♥


CARA MENDAPAT KELEBIHAN


1. Barangsiapa yang mengelakkan berlebih-lebihan dalam berkata-kata maka ia di anugerahkan hikmah.

2. Barangsiapa yang mengelakkan berlebih-lebihan dalam melihat maka nescaya di anugerahkan hati yang khusyuk.

3. Barangsiapa yang mengelakkan dari berlebih-lebihan dalam makan maka nescaya di anugerahkan kelazatan dalam beribadah.

4. Barangsiapa yang menghindari berlebih-lebihan dalam ketawa maka nescaya di anugerahi kewibawaan.

5. Barangsiapa yang meninggalkan berlebih-lebihan dalam bergurau maka nescaya di anugerahi wibawa yang anggun.

6. Barangsiapa yang mengelak dari cinta Dunia maka nescaya di anugerahi kecintaan pada Akhirat.

7. Barangsiapa yang meninggalkan kesibukan mengintai-intai aib orang lain maka nescaya memperbaiki aib dirinya sendiri.

8. Barangsiapa yang meninggalkan dari mengintai-intai keadaan ALLAH SWT maka dia akan di anugerahi kebebasan dari sifat kemunafikan 



ASAL USUL MELAYU MENURUT KAJIAN DNA


Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’


Monday, May 21, 2012

Amalan Untuk Dipercepatkan Jodoh


Bagi yang belum berkahwin, sudah semestinya akan tertanya-tanya bilakah jodoh akan sampai. Namun, sebenarnya terdapat banyak amalan yang boleh diamalkan untuk dipercepatkan jodoh. Amalan ini adalah berlandaskan al-Quran.
Amalan Untuk Dipercepatkan Jodoh | Bagi yang belum berkahwin, sudah semestinya mereka sering tertanya-tanya siapakah jodoh mereka. Bagaimana rupanya? Bagaimana tingkah lakunya. Untuk mempercepatkan jodoh, ada pelbagai amalan yang boleh dilakukan. Ikuti persoalan yang diajukan kepada ustaz tentang amalan dipercepatkan jodoh.
Soalan :
Assalamualaikum wrm wrbt.
Sebagai seorang umat Islam. saya percaya jodoh,Ajal,maut dan rezeki adalah kuasa tuhan. Sebagai seorang yang masih belum berumah tangga, saya sering keliru dalam mencari pasangan hidup. Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memberi sedikit panduan, adakah surah2 dalam alquran yang dapat saya amalkan atau apa-apa amalan seperti sembahyang sunat atau zikir-zikir yang sesuai untuk saya amalkan. Agar saya bertemu jodoh dengan orang yang sesuai. Segala panduan amatlah dihargai.
Jawapan :
Sebagai amalan elok dibaca surah Maryam, dan terdapat pada ayat 96. Jadikanlah amalan mudah-mudahan didengar oleh Allah hajat anda, lalu dipinang oleh orang-orang soleh.

Cara-cara Kekal Romantik


SEMAKIN usia meningkat, semakin berkurangan perasaan cinta terhadap pasangan. Itu hakikatnya bagi segelintir pasangan yang cepat bosan dengan rumah tangga mereka.
Tidak hairanlah sekiranya apa yang mereka lalui setiap hari bersama pasangan dianggap sebagai rutin, bukan tanggung jawab yang harus dilaksanakan seikhklas hati.
Ramai beranggapan keadaan seperti ini terjadi akibat tekanan hidup, kos sara diri dan ekonomi rumah tangga. Tidak ramai yang mahu mengakui bahawa ketidakjujuran mereka pada perkahwinan merupakan faktor utama mengapa perkara seperti ini terjadi.
Jadi apa yang perlu anda pegang sekarang ialah usia bukan alasan untuk merenggangkan mahligai istana yang telah lama dibina. Peliharalah ia sebaik-sebaiknya. Bukan itu sahaja, jagalah perhubungan sesama pasangan agar apa yang dipertahankan selama ini berkekalan.
Terdapat banyak cara untuk mengharmonikan perkahwinan dengan penuh perasaan kasih sayang. Ikuti tip yang disenaraikan ini:
1.     Masak makanan kesukaan pasangan
Sebelum berkahwin, ramai di antara kita sudah masak dengan makan minum pasangan kita. Oleh itu, jadikannya lebih romantik apabila anda menyajikan masakan kegemarannya saat dia sedang bercuti, berehat atau santai di sekitar rumah. Memang nampak mudah, tapi tidak semua mampu berbuat sedemikian. Teruskan kerana ini akan memberikan kesan positif apabila pasangan anda menghargai dan dijaga rapi oleh insan tercinta.

2.     Apabila jatuh sakit, berilah perhatian yang lebih!
Elakkan daripada membebel atau yang seangkatan dengannya. Seharusnya anda berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk anda memainkan peranan anda sebagai isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. Jadi berikan perhatian lebih.
3.     Aktiviti memasak
Amatlah bagus bagi pasangan suami isteri untuk tolong-menolong di antara satu sama lain. Selain dapat mengeratkan lagi perhubungan, perhubungan akan menjadi lebih hangat dan romantik.
4.     Lakukan kejutan buat si dia!
Salah satunya, SMS cinta untuk pasangan anda pada saat  yang dia tidak menjangkakan. Katakan, “I Love You Forever”.
5.     Tulislah ayat-ayat cinta
Romantik bukan, jika anda meletakkan sekeping kad di atas meja solek isteri atau untuk lelaki, di tempat yang mudah untuk dilihat pasangan. Kejutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan romantik. Si dia mungkin akan mendakap anda sebagai tanda terima kasih.
6.     Hobi
Cuba meminati hobinya. Ini kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap romantik yang maksimum anda dan pasangan. Anda juga haruslah memberi sokongan walaupun bukan secara memaksa diri. Perhatian anda akan membuatkan hati si dia lebih senang dan bertambah sayang.
7.     Lakukan kerja yang biasa dilakukan oleh pasangan anda
Go for it, jangan goyang kaki, lakukan aktiviti seperti menyapu sampah atau mengemas rumah. Dan mesti dia akan berasa pelik, kenapa perangai anda berubah. Anda hanya perlu ucapkan kepada si dia , “Because I Love You”.
8.      Sebelum tidur atau selepas bangun tidur, ambillah masa untuk bermanja-manja dengan pasangan anda. Urut pasangan anda dan belailah dia.

9.     Ketika anda bekerja, goda pasangan anda dengan menghantar SMS romantik. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringatkan dia.

10.    Belilah kad ucapan yang romantik dan tulislah  “I love U” di dalamnya. Hantar kepada pasangan anda.
selamat mencuba... :D

Petua Cantik


BEBERAPA petua yang terkandung dalam majalah Seri Dewi & Keluarga edisi Mei
Miliki Siku & Lutut Cantik
Majoriti di kalangan kita berhadapan dengan masalah siku dan lutut kehitam-hitaman dan mati kutu. Bagaimana mahu merawat masalah ini sekali gus menjadikannya cantik seperti asal. Petua yang mudah diikuti ialah dengan memarut buah nanas segar yang telah dicuci bersih. Setelah mendapat kuantiti yang mencukupi, sapukan ia pada siku serta lutut. Gosok bahagian itu perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat semula jadinya dapat memberikan kesan yang baik. Selepas itu bilas dengan air suam sehingga hilang rasa melekit. Keringkan dengan tuala bersih dan jangan lupa untuk menyapukan minyak bayi atau pun pelembap. Petua ini boleh diamalkan sekerap mungkin dan selamat menikmati hasilnya.
Siti Nora Sani, Segamat, Johor.

Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat
Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam. Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.

Fatimah Ahmad, Kangar, Perlis.

Krim Pisang Anti Kedut
Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan. Caranya ialah dengan memotong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan biarkan selama 10 minit  sehingga 15 minit. Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Masker pisang ini seelok-eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya. Petua ini begitu diamalkan dan selamat mencuba.
Nur Amira Abdul Halim, Sungai Buloh, Selangor.

Kos Murah Pecah Lemak
Mereka yang berhadapan dengan masalah berat badan sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Walau bagaimana pun pelaburan itu ada kalanya mengecewakan. Jangan putus asa dan apa kata cuba petua tradisional. Selain mudah diamalkan, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Sediakan kapur sirih dan campurkan ia dengan limau nipis serta ragi. Setelah digaul sebati, sapukan pada tempat yang diingini seperti perut, paha, betis, lengan atau pun keseluruhan tubuh. Untuk mendapat hasil yang menggembirakan, amalkan petua ini sekerap yang mungkin.
Faridah Omar, Jerantut, Pahang.

6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir


Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
3. Dari lemak yang kelihatan,
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

7 Cara Kempiskan Perut Buncit


Hiasan
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

Tuesday, May 1, 2012

Jom Silat


Patah rotan tali bersilang,
Batang Meranti rimbun berjejal,
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpatang mati sebelum ajal.


Batang Meranti rimbun berjejal,
Ditanah datar tanam sengkuang,
Berpantang mati sebelum ajal,
Baru bermakna hidup perjuang.


Perahu payang layarnya merah,
Belayar menunju arah utara,
Keris dipegang bermandikan darah,
Adat pahlawan membela negara!


Sampan kotak mengapa dikayuh?
Hendak belayar ke tanah seberang,
Patah sayap bertongkatkan paruh,
Pantang menyerah di tengah gelanggang.


Patah tumbuh hilang Berganti,
Takkan Melayu hilang di dunia...










Wanita Dan Perfume




Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.
Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.
Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.
Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:
“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.

Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya”(Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:
“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
“Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda:
“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur:
“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)
Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.