Tuesday, February 12, 2013

CARTA HITZ DOSA

Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم




Peringatan buat diri sendiri yang selalu terlupa...
  1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu
  2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga
  3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
  4. Mengumpat peribadi orang - gunting neraka sedang diasah
  5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri-duri menanti di taman neraka
  6. Tidak menjaga pergaulan -Libasan api neraka dijanjikan
  7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu
  8. Menyakiti hati orang dengan lisan- Masuklah mana-mana pintu neraka
  9. Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka
  10. Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang



Renungkanlah dan ambil ikhtibar serta muhasabah diri kita seharian tentang apa yang telah perbuat sepanjang kita hidup 24/7

Semoga kita semua dijauhkan dari segala kejahatan...sama-sama la kita memperbanyakkan segala amal soleh kerna Allah selagi kita masih bernyawa..Allahu Rabbi..

CIRI CIRI ORANG SYIAH

Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم




Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
  1. Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

  2. Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

  3. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

  4. Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

  5. Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
  6. Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
  7. Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
  8. Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
  9. Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
  10. Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.
  11. Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
  12. Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
  13. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
  14. Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
  15. Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan denga harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Diterjemahkan dari sumber lppimakassar
Detik Islam



LARANGAN MELIHAT AURAT

Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda : 

“Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.


Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. 

Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.

Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.

Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.

Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. 

Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.

Sumber : al-Muslimah, BIL 228, SAFAR – RABIUL AWAL 1432



AYAT AYAT CINTA

Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Sabda Rasulullah s.a.w :

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...


Sunday, February 10, 2013

KAWAN BAIK ATAU TIDAK BAIK


Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..


Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah

Friday, February 8, 2013

PESANAN HIDUP

Assalam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad sebanyak bilangan makhluk di 7 petala bumi, 7 petala langit, 7 lautan, 7 daratan dan 7 benua...


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..jika sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…♥

Rabb..
Ajari kami utk tersenyum meski berat pundak memikul beban
Ajari kami utk berlapang dada meski banyak yg menyesakkan jiwa
Ajari kami utk terus berusaha meski butuh waktu utk menggapai mimpi
Ajari kami utk rendah hati karena Engkaulah Yang Maha Tinggi
Bantu kami utk tidak takut gagal meski tantangan ada di depan mata
Sungguh kerasnya kehidupan ini
Semoga sebanding dgn manisnya hasil di akhir perjuangan nanti
Aamiin Ya Rabb

Wa'llahu a'lam...
WSLM

EMPAT JENIS MANUSIA

Assalam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Dengan kalimah Bismillah post kali ini di mulakan...



Ada empat jenis manusia , iaitu :



1 . Manusia yang tahu , tetapi tidak tahu bahawa dia tahu . Itulah orang yang lalai. Oleh itu BERILAH mereka PERINGATAN .



2 . Manusia yang tidak tahu , dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu . Itulah orang yang bodoh & degil . Oleh itu , TINGGALKANlah mereka .



3 . Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu . Itulah orang yang jahil . Oleh itu , AJARLAH mereka .

4 . Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu . Itulah orang yang berilmu . Oleh itu , IKUTilah mereka .

"You will be judged on the basis of what you are , not what you say you are" .
IngatKan saya SElalu




JENIS LAKI LAKI YANG DI TARIK PEREMPUAN KE NERAKA


Assalam dan selawat ke atas junjungan besar kpd penghulu segala nabi kita.Dengan kalimah bismillah saya memulakan post saya kali ini.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidakmenjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersholat … ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan 

sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas…kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.)


4. Anak-anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. karena ibu juga insan biasa… sekali lepas dari melakukan dosa…selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….
"Harap kalian yang sudah membaca post ini cubalah ambil ambil input inputnya...sekian terima kasih.Wslm"