Sunday, May 26, 2013

MENGGUGURKAN DOSA

Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Dalam hadis lain disebutkan yang bersumber dari Ibnu Mas'ud r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila seorang lelaki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas,maka(pahala) nafkah itu sama dengan(pahala)sedekah."
(Riwayat Bukhari)

Allah memuji orang yang gemar bersedekah dan menjanjikan pahala yang besar serta digugurkan dosa dan kesalahan menerusi firman-Nya yang bermaksud:

"Jika kamu menampakkan sedekah(mu),maka itu adalah baik sekali.Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada kaum fakir,maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu.

WSLM...

How to Earn $2,500 every month without Investment through part time jobs?
You can earn $2,500 the very first month from data entry jobs on internet. This is an easy work from home form filling job. Work less than 1 hr daily. No investment. Open for anyone, worldwide. Please visit the website http://www.earnparttimejobs.com/index.php?id=4902359

Saturday, May 25, 2013

MEMBAWA KEBERKATAN DAN MENGHALANG MAKSIAT

Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Hadis yang bersumber dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW katanya: Seorang lelaki berkata: ''Aku akan memberikan sedekah pada malam ini.'' Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur.

Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam itu.Lelaki itu berkata''Wahai Tuhanku! Hanya untuk-Mu segala puji pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina.Aku akan bersedekah lagi,''lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan orang kaya.

Keesokan orang ramai mula memperkatakan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah.Lelaki itu berkata:''Wahai Tuhanku!Hanya untuk-Mu segala puji-pujian.sedekahku telah aku berikan kepada seorang yang kaya.aku akan bersedekah lagi,''lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan meletakkannya di tangan seorang pencuri.

Keesokan harinya orang ramai mula bercakap-cakap mengenai seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia berkata:''Wahai Tuhanku!Hanya untuk-Mu segala puji-pujian!Sedekahku telah aku berikan kepada seorang perempuan zina,pada orang kaya dan pencuri.''

Lalu dia didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya:''Sedekahmu benar benar telah diterima.Boleh jadi perempuan berzina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu.Orang kaya itu pula mengambil pelajaran dan mahu membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu.''
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



WSLM...

Friday, May 24, 2013

SENJATA ORANG BIJAK

Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Salah satu rahsia yang telah dicuba oleh kaum arifin (orang bijak dan cerdik) untuk menghadapi datangnya bencana,berbagai peristiwa menakutkan dan penyakit adalah dengan memperbanyak sedekah kepada kaum yang miskin dan lemah(dhuafa).

Begitu pula ketika mereka jatuh ke tangan orang orang yang zalim.Namun sebelum mengeluarkan sedekah,mereka mempertibangkannya lebih dahulu.Setiap sedekah yang mereka keluarkan disesuaikan dengan besar kecilnya bencana yang terjadi.

Amal yang mereka kerjakan untuk mengatasi cabaran yang kecil tidak sama dengan amal yang mereka kerjakan untuk mengatasi cabaran yang berat.Untuk satu tujuan yang besar,mereka mencurahkan sesuatu yang besar pula.Seseorang yang mengetahui rahsia rahsia ini bererti telah memperolehi salah satu dari ilmu ilmu yang khusus.



WSLM...

How to Earn $2,500 every month without Investment through part time jobs?
You can earn $2,500 the very first month from data entry jobs on internet. This is an easy work from home form filling job. Work less than 1 hr daily. No investment. Open for anyone, worldwide. Please visit the website http://www.earnparttimejobs.com/index.php?id=4902359

MENGEMIS DAN MEMINTA MINTA MENYEBABKAN TERBUKANYA PINTU KEFAKIRAN

Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Seorang muslim sangat dituntut untuk mencari rezeki secara halal dan terhormat bagi memenuhi keperluan diri dan menyara keluarganya.Oleh itu,dalam pandangan Islam bekerja untuk mendapatkan nafkah secara halal merupakan sesuatu yang sangat mulia walaupun jenis pekerjaannya berat secara fizikal dan pendapatan dari situ pula tidak seberapa.

Adapun mencari harta dengan cara mengemis merupakan cara yang tidak terhormat meskipun banyak harta yang diperolehinya,sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

''Seseorang yang membawa kapak lalu pergi mencari dan mengumpulkan kayu bakar,lantas dibawanya ke pasar untuk dijual dan wangnya digunakan untuk mencukupi keperluan dan nafkah dirinya,maka ia lebih baik daripada seorang yang meminta minta kepada orang ramai yang kadang kala diberi dan kadang kala ditolak.''
(HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu,Rasulullah SAW menetapakan bahawa orang yang kaya itu tidak semata mata dengan sebab hartanya yang banyak.Walaupun jumlah hartanya banyak, namun jika ia tidak pandai bersyukur atas harta yang sudah diperolehinya itu,apalagi dengan hartanya yang banyak ia tidak dermawan,tetaplah ia dipandang sebagai orang miskin,apalagi bila harta yang dimilikinya dicari dengan cara mengemis atau meminjam.

Bekerja atau berusaha dengan baik,disamping lebih terhormat,ia akan memperolehi harta yang lebih banyak dengan jiwa yang menyenangkan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Yang dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta benda,tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa"
(HR Abu Ya'la)

Di samping itu,amanat Nabi ini menjadi benar kerana biasanya semakin lama beban hidup seseorang semakin besar,dan ia akan mampu menutupi keperluannya itu dengan berusaha yang halal dan terhormat. Namun bila dari mengemis ia tidak memperolehi dalam jumlah yang cukup sehingga di satu sisi keperluannya semakin besar, sedang pendapatannya tetap seperti semula,maka jadilah ia bertambah fakir.

Oleh itu,tidak ramai orang yang yang mengemis tetapi akhirnya menjadi pencuri,kerana ia merasa tidak cukup dari hasil mengemis itu. Bukankah ini membuat ia bertambah miskin secara ekonomi dan bertambah rendah martabatnya sebagai manusia.

WSLM...

Sunday, May 19, 2013

PENGANIAYAAN MEMBAWA KEMULIAAN



Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Banyak contoh tentang orang yang dianiaya dan dizalimi.Bila mereka tetap sabar dan istiqamah dalam mempertahankan kebenaran yang diyakininya,maka kelak akan membawa pada kemuliaan dirinya.Sedangkan orang yang berlaku aniaya dan zalim akan direndahkan martabat dan rosak keperibadiannya kerana ia tersenaraikan sebagai golongan yang dimurkai Allah.

Nabi Ibrahim a.s yang ketika itu masih muda beliau mengalami penganiayaan dan peryeksaan dari Raja Namrud sehingga Ibrahim dibakar hidup hidup.Bagaimanapun Allah SWT nerkenan menolong dan menyelamatkannya .Penyeksaan yang dialami Nabi Ibrahim tidak membuatnya terhina di sisi Allah,malah menjadikannya orang yang mulia dan mempunyai ramai pengikut(umat)

Kaum muslimin di Makkah pada masa Rasulullah SAW juga mengalami penganiayaan dan pernyeksaan dari orang orang kafir Quraisy.Mereka diboikot,dibunuh,diseksa dan diusir dari kota kelahiran mereka. Namun, hal itu tidak membuat Rasulullah dan para sahabat menjadi hina,malah justeru membawa kemuliaan dan meninggikan darjat mereka.

Ketika para sahabat berhijrah ke Habsyah,mereka mendapatkan perlindungan atau jaminan keamanan dari Raja Najasi yang beragama Nasrani hingga akhirnya sang raja masuk Islam.Rasulullah pula bersama para sahabat lainnya berhijrah ke Madinah yang kemudian berjaya menyatukan kaum muslimin dari Makkah dan Madinah dan menghasilkan kekuatan umat yang disegani.

Di Mesir,para aktivis dakwah pernah mengalami penganiayaan dari penguasa Mesir yang zalim pada waktu itu untuk menghambat dan menghentikan langkah langkah dakwah.Tetapi gerakan dakwah justeru semakin tersebar luas hingga ke berbagai negara di dunia,malah para aktivis dakwah yang dipenjarakan menghasilkan karya tafsirvyang gemilang seperti Sayyed Qutb dengan Fi Dzilalil Quran,terbunuhnya Hasan al-Banna menarik simpati dan pengusiran para aktivis dakwah membuat mereka akhirnya berdakwah ke berbagai negara.

Oleh itu,para pejuang kebenaran Islam tidak boleh takut menghadapi segala tentangan dan berbagai cabaran.Pasti ada saat saat tertentu di mana bila para pejuang menghadapi segala tentangan dan cabaran dengan sikap istiqamah,maka mereka akan menjadi orang orang yang mulia. Begitulah yang berlaku pada Bilal bin Rabah,sahabat Nabi hamba sahaya lalu dibebaskan oleh Abu Bakar kerana Istiqamahnya dalam mempertahankan nilai nilai tauhid.

Begitu juga dengan sahabat Abdullah bin Huzafah yang disambut dengan kemuliaan oleh khalifah Umar bin Khattab kerana ia istiqamah dalam menghadapi penganiayaan yang dilakukan oleh raja Rom yang kejam.

WSLM


HARTA TIDAK BERKURANG KERANA SEDEKAH


Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Salah satu kewajipan kita sebagai muslim dalam kaitan dengan harta adalah menunaikan zakat,infak dan sedekah.Namun,masih ramai yang walaupun sudah mengaku muslim tetapi masih tidak mahu menunaikan kewajipan itu.

Diantara mereka ada yang khuatir bila zakat dan sedekah itu ditunaikan hartanya akan berkurangan,bahkan boleh jadi ia menjadi miskin.Kekhuatiran itu merupakan sesuatu yang tidak benar.

Rasulullah SAW 'bersumpah' dengan memberikan jaminan bahawa bila seseorang menunaikan sedekah,maka hartanya justeru akan bertambah.Memang pada saat ia keluarkan wang atau hartanya untuk sedekah,hartanya akan berkurang,tetapi dari kesan atau pengaruh positifnya ia akan memperolehi tambahan,sama ada dalam bentuk jumlah mahupun nilai dari harta itu sendiri.

Dalam bentuk jumlah,harta yang disedakahkan mungkin saja bertambah,misalnya ia berdagang,setelah keuntungan besar ia bersedekah,maka orang yang diberinya sedekah itu mendoakan agar hartanya bertambah banyak dan doa itu pun dikabulkan oleh Allah SWT sehingga perdagangannya semakin laris dan semakin banyak yang terjual

Adapun nilai yang besar,ianya nampak dari keutamaan yang sedemikian besar yang diberikan Allah SWT kepada orang yang membelanjakan hartanya di jalan sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

''Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir.Pada tiap tiap butir seratus biji.Allah melipat gadakan(ganjaran) bagi sesiapa saja yang Dia kehendaki.Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) dan Maha Mengtahui.''
                                                                                                                       (Al-Baqarah:261)

WSLM




Monday, May 13, 2013

WANITA DAN PERFUME


Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.
Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.
Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.
Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:
"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu'alam.
Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.
Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,
"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,
"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.
Haram
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)
Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam…
Sumber dari iloveislam…

TENTANG NAFSU


Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Bila bercakap tentang nafsu, ramai di antara kita mengatakan atau menganggap ia sebagai suatu kelakuan jahat yang terbit dari perlakuan seseorang. Ada sesetengah orang berkata “jangan mengikut nafsu, nanti menjadi lesu” hidup ini jangan sekali-kali mengikut nafsu kerana ia adalah pekerjaan syaitan.

Pendek kata ramai diantara kita belum lagi mengetahui takrif nafsu dan juga martabat nafsu. Adapun takrif nafsu boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :

Nafsu adalah satu perlakuan naluri manusia yang mendorongkan perlakuan yang dikuasai oleh iblis laknatullah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syari’at dan hakikat Allah swt. Ianya terbit daripada kekotoran hati manusia dengan Allah swt.

Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan kalbun manusia di dalam arah tuju ke martabat kesucian seseorang itu pada hakikat dan makrifat dengan Allah swt. Ianya boleh ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal ia akan Tuhannya.

Adapun nafsu itu letaknya di cabang hai manusia. Ianya bertindak sebagai dinding (hijab) perhubungan diantara diri rahsia manusia dengan tuan empunya diri (Tuhannya).

Oleh itu tugas manusia yang hendak menuju kepada makrifat hendaklah pula memecahkan ruyung-ruyung hijab ini sehingga ianya sampai ke martabat yang paling tinggi kemuliaannya di sisi Alah swt. dan bebaslah diri batin manusia itu untuk bertemu dengan diri empunya Diri pada setiap saat dan ketika. Tanpa memecahkan ruyug-ruyung nafsu tadi, manusia tidak mungkin dapat kembali kepada Tuhannya semasa hidup (masih bernafas) atau mematikan dirinya sebelum mati.

Disamping itu manusia yang hendak menuju ke jalan makrifat Tuhanya haruslah pula berusaha supaya sampai ke martabat mematikan diri sebelum mati.

Adapun Martabat Nafsu pada diri manusia itu adalah terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagimana yang termaktub didalam Al-Quran :

Nafsu AMARAH
Nafsu LAWAMAH
Nafsu MULHAIMAH
Nafsu MUTHMAINAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH

“Sesungguh nya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )


1. NAFSU AMARAH

Nafsu Amarah itu adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah yang terampau banyak.

Manusia-manusia yang memiliki nafsu Amarah biasanya memiliki sifat-sifat Mazmumah iaitu sifat yang dikeji oleh Allah swt. Iaitu sifat-sifat seperti dengki, khianat, iri hati, pemarah, berang, emotional mengikut hati dan lain-lain lagi. Biasanya mereka yang dikuasai nafsu Amarah bertindak mengikut fikiran tanpa menggunakan akal. Kadang kadang mereka merasa diri merekalah berkuasa dan semuanya adalah hak mereka. Mereka boleh bersultan di mata dan beraja di hati. Seperti Firman Allah :

“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”
(Surah Yusof – ayat 53)

dan FirmanNya lagi :

“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.”
(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)

Dan sesungguhnya orang-orang yang dikongkongi oleh nafsu Amarah biasanya tak ahan di uji dan jika di uji dengan satu-satu entuk ujian atau satu cabaran dan dugaan mereka terus melenting bertindak mengikut fikiran dibawah hasutan syaitan dan kuncu-kuncunya.
Pada peringkat nafsu ini, manusia tetap dikuasai oleh iblis, jiwa mereka sentiasa tegang, fikiran sentiasa kusut, pegangan hanyut dan hati jarang-jarang sekali mengingati Allah SWT.

Mereka di peringkat nafsu ini akan mengingati Tuhan ketika susah dan melupaiNya ketika senang seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

“Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi bila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.”
(Surah Fusilat – ayat 51)

Mereka juga bertindak di dalam sesuatu hal, langsung tidak berpandu kepada syariat Allah swt. tetapi mereka lebih berpandukan fikiran, angan-angan dan tidak pula penah terbit pada hati mereka satu perasaan salah terhadap sesuatu kesalahan yang mereka sendiri lakukan.

Sesungguhnya nafsu Amarah ini adalah nafsu binatang. Malahan ianya lebih hina daripada binatang bagi mereka yang menguasai nafsu Amarah.
Mereka mempunyai hati yang tidk memerhati, mempunyai mata yang tidak melihat, mempunyai pendengaran yang tidak mendengar, malahan boleh disifatkan mereka ini sebagai seekor binatang yang berupa manusia.

Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

“Akan di campakkan ke dalam neraka Jahanam daripada golongan-golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, yang mempunyai mata tidak melihat, yang mempunyai pendengaran tidak mendengar, mereka itu adalah seperti binatang, malahan lebih hina daripadanya dan mereka lah termasuk daripada orang-orang yang lalai”
(Surah Al-A’araf – ayat 179)

Perlu juga diingatkan bahawa bagi orang-orang yang dikuasai oleh nafsu Amarah biasanya suka bersifat bermuka-muka dengan sesuatu yang diperolehinya dan suka memperbodohkan kelemahan orang lain walaupun rakan karibnya sendiri. Mereka mencela orang lain dan membayangkan dialah orang yang paling baik dan sempurna. Mereka bertindak menjaja keburukkan orang kepada orang lain dengan harapan keburukkan orang itu dapat memberi keuntungan kepada diri mereka.
Mereka ini tidak ubah seperti ayam balor yang mempunyai bulu yang elok tetapi tahi melekat di badannya.

Justeru daripada itu, adalah menjadi kewajipan diri manusia tersebut haruslah menyucikan sifat-sifat nafsu Amarah tadi supaya terbitnya sifat-sifat murni dan hilangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia itu seperti firman Allah :-

“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefaskan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya”
(Surah Asy Syam – ayat 7-10)

Oleh yang demikian maka seseorang itu hendaklah berguru dan berzikir menyucikan diri nya mengikut petua-petua yang diberi oleh guru mereka di dalam usahanya membersihkan dirinya dengan Allah swt.
Maka beramal lah mereka dengan petua-petua yang diberi oleh gurunya sehinggalah terbitnya peningkatan ke satu martabat nafsu yang seterusnya yang bernama nafsu Lawamah.

Zikir orang-orang Amarah biasanya di lidah tanpa menyerap di dalam hatinya. Zikir nya kosong tidak bertenaga dan bermaya dan sesungguhnya zikir adalah merupakan klorox bagi menyucikan kekotoran hati yang tidak boleh dicucikan oleh jenis-jenis sabun.

Jiwa mereka pada masa ini kosong hubungan dirinya dengan Empunya Diri adalah terputus langsung. Malahan diri rahsianya dihijab tebal daripada Allah swt. Diri batinnya kurus melidi, sakit tersiksa sedangkan badan zahirnya gemuk dan sihatnya seperti ubi kayu di tanah bukit, sedang tubuh batinnya di anai-anaikan oleh nafsu Amarah.

Penyakit Nafsu Amarah ini jika dibiarkan menular pada jiwa manusia ianya menyebabkan bertimbunnya pada hakikat selaput-selaput tebal, gelap dan kemas untuk mengingati Tuhannya. Dan hidupnya terus hanyut tidak berpedoman sebagai kabus di waktu pagi ataupun bagai awan di langit. Sesungguhnya bagi mereka yan dikuasai nafsu Amarah merekalah termasuk di dalam golongan manusia yang rugi di sisi Allah SWT.

2. NAFSU LAWAMAH

Pada peringkat nafsu Lawamah manusia telahpun dapat menguasai satu perasaan semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan kezaliman dan apa saja yang ditegah oleh syariat.
Perasaan ini timbul pada sudut-sudut hatinya pada setiap ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan, maka bisikan di dalam hati mereka inilah dinamaan Lawamah.

Sesungguhnya Lawamah ini bolehlah diibaratkan seperti lampu isyarat (Alarm) di dalam sebuah kereta di mana lampu ini akan menyala berwarna merah/kuning bila kereta tersebut kehabisan minyak dan mengisyaratkan tuannya supaya mengisi minyak baru sebelum bahaya merempuh datang dari hadapan. Bagi mereka yang mempunyai Lawamah (isyarat larangan) dan mereka pula mematuhinya dengan penuh rasa tanggungjawab, maka mereka akan terselamat dari bahaya yang datang dari gejala-gejala nafsu Amarah yang masih berdaki laput di dalam jiwanya.
Sebaliknya jika seseorang itu yang telah meningkat ke martabat nafsu Lawamah tetapi tidak mematuhi isyarat larangan Lawamah, maka lama-kelamaan isyarat tersebut akan padam dan akan kembali lah mereka kepada nafsu Amarahnya.

Zikir mereka pada martabat nafsu Lawamah biasanya masih melekat di bibir tetapi kadang-kadang mulai telah menyerap masuk ke dalam hatinya dan keadaan tersebut tidak tetap. Maka haruslah seseorang itu meneruskan zkirnya sebagaimana yang dipetuakan oleh gurunya dengan tabah.
Mereka pada martabat ini masih lagi bergelumang dengan daki sifat-sifat Mazmumah tetapi ianya mulai menurun ke satu tahap minima. Sifat-sifat seperti gelojoh, marah, lekas melenting, hasad dengki dan lain-lain sifat terkeji mulai mengurang hasil kepatuhannya terhadap isyarat Lawamah yang terbit dari sudut hatinya. Kekusutan fikirannya telah pun menurun dan mereka mulai merasa segan untuk melakukan sesuatu dari sifat Mazmumah malahan mereka sering menyesali di atas sikap-sikap zalim yang pernah dilakukan oleh mereka dahulu.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri”
(Surah Al-Qiyaamah – Ayat 2)

Maka dengan ketekunan mematuhi isyarat serta kuat pula berzikir maka tingkatan nafsu mereka akan meningkat ke martabat nafsu ketiga yang dinamakan Nafsu Mulhamah.
Pada peringkat nafsu Lawamah seseorang itu telahpun dapat menerima ilmu Ghaib melalui Laduni pada peringkat NUR atau mimpi di dalam tidurnya dan kadang-kadang pula dapat menerima ilmu Laduni di peringkat tajalli. Oleh yang demikian maka seseorang itu haruslah pula berusaha dengan tekun dan sabar mengikuti petua-petua gurunya dan jangan sekali leka, semoga peningkatan martabat nafsunya akan tecapai.


3. NAFSU MULHAMAH.

Setelah seseorang itu berjaya mengikuti petua-petua daripada gurunya dan menerima teguran isyarat Lawamah dengan patuhnya, maka seseorang itu akan tercapai tahap nafsu yang lebih tinggi dan mulia martabatnya daripada nafsu Amarah dan nafsu Lawamah.

Adapun yang dimaksudkan dengan nafsu tersebut adalah nafsu Mulhmah. Pada peringkat nafsu ini seseorang itu telahpun dapat menyingkir sebahagian besar daripada sifat-sifat yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka pada masa ini telah pun mulai berkembang sifat-sifat tenang, lapang dadanya dan mereka telah pun dapat pengajaran ilmu ghaib melalui jalan Laduni, diperingkat Nur dan Tajalli daripada Tuhannya. Tetapi manusia diperingkat ini masih wujud lagi terkadang-kadang siat-sifat Mazmumah yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka kadang-kadang tenang dan ada masanya fikirannya gelabah, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu masih lagi melanda jiwa mereka.

Zikir mereka di peringkat ini telah pun mulai melekat di hati dan bukan lagi melewa-lewa di lidah sahaja. Walaubagaimanapun tidak lah bermakna yang zikirnya di peringkat ini 100% telah tetap di hati mereka. Di samping itu pada tahap Mulhamah ini, isyarat larangan Lawamah tetap berkembang malah lebih membesar dan sesungguhnya pada peringkat zuk ini mereka telapun dapat menerima perasan zuk (mulhamah) dengan zikirnya dan dapat lah sedikit sebanyak menerima nikmat zikir yang diamalkan. Sesungguhnya tugas tersebut haruslah dilakukan bersungguh-sungguh dan lebih bekerja keras untuk meningkat martabat nafsu Mutmainah yang diakui syurga oleh Allah Taala.

Di dalam masa mereka menerima zuk di dalam zikirnya serta dapat pula mereka merasai nikmat zikirnya, maka seseorang itu diperingkat Mulhamah pula akan menerima satu lagi penyampaian ilmu ghaib melalui Laduni di peringkat Sir iaitu di mana seseorang itu akan dapat mendengar satu suara ghaib yang mengajar dirinya tentang ilmu ghaib melalui telinga batin.
Biasanya suara Ghaib itu adalah suara guru ghaib yang terdiri daripada wali-wali Allah yang Agong yang mengajar seseorang itu dengan terang dan jelas.


4. NAFSU MUTMAINAH

Setelah mencapai suatu martabat Mulhamah dan berjaya pula mengikut petua-petua gurunya serta dapat pula menerima zuk dan sir di samping hilang pula segala sifat mazmumah pada dirinya. Maka seseorang itu akan mendapat ketenangan, kelapangan jiwanya, hilang sifat-sifat resah gelisah hatinya.
Hatinya ketika itu mulai melekat rasa lamunan asih terhadap Allah swt dan mereka ini adalah dijamin 100% oleh Allah syurga, maka itu lah mereka yang telah berjaya mencapai ke martabat nafsu Mutmainah.

Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :-

“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Alah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.”
(Surah Yunus – ayat 62 – 64)

Dan firman Allah Taala lagi :-

“Wahai orang yang bernafsu Mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dengan perasaan lapng dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah dirimu di dalam syurga.”
(Surah Al-Fajr – ayat 27-30)

Zikir mereka pada martabat ini telahpun melekat dihati dan terus bersama ingatan dengan Allah Taala pada setiap masa dan ketika. Dan pada peringkat ini mereka telahpun mendapat kalbun iaitu satu cahaya yang bergerak diantara atas dan bawah pada bahagian jantung yang bertindak sebagai dynamo untuk mengalirkan current ingatan kasih mesra, cinta rasa dengan Allah swt.

Pada peringkat martabat ini seseorang manusia itu bolehlah disifatkan telah mencapai martabat wali iaitu dinamakan oleh para ahli Tasauf sebagai Wali Kecil. Disamping telahpun mulai menerima Ilmu Ghaib (Laduni) melalui cara sirusir dan telahpun berjaya mendapat mata basir.

Pada peringkat nafsu Mutmainah ini juga, mereka telahpun dapat menerokai dengan pendengaran dan penglihatan mereka melalui telnga batin dan mata basir merekake alam barzah (alam kubur). Merea telahpun boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri, bagaimana nasib suka duka seseorang itu yang telah meninggal dunia dan berada di alam barzah serta diberi peluang juga melawat ke alam lain (alam ghaib).

Pada peringkat ini, timbul lah sifat-sifat super yang tidak boleh dimiliki oleh orang-orang awam seperti keramat, mulut masin, berkat da sebagainya. Bagi mereka diperingkat ini sering dilamun perasaan pana akibat kuatnya gelora lamunan cinta terhadap Allah swt.


5. NAFSU RADIAH

Setelah mencapai martabat nafsu Mutmainah dan gigihnya pula melatih dirinya untuk makrifat dengan Allah swt., maka seseorang itu akan ditingkatkan lagi iaitu martabat nafsu Radiah.

Zikir mereka pada martabat ini tetap berada dihatinya dan ucapan zikirnya pula dihatinya semata-mata. Mereka tidak pernah leka, lalai dari ingatannya dengan Allah swt.
Mereka sering mengalami pana’ akibat kuatnya gelora lamunan cinta dirinya dengan Allah swt. Mulut mereka sering terlatah tentang sesuatu yang bertentangan pada pandangan zahir syaria, hidupnya terus terampungan bersama Allah swt.

Pada martabat ini jiwa mereka telahpun suci, hatinya bersih hening dan setiap apa yang dilakukan olehnya samaada dengan mulu, tingkah laku, semuanya mulaimendapat keredaan Allah swt. Adapun pana’ mereka diperinkat nafsu Radiah ini adalah dinamakan pana’ kalbi iaitu hatinya, nuraninya terus dilambung perasaan cinta terhadap Allah swt pada setiap saat di dalam masa hayatnya.

Mereka diperingkat ini sering di jemput oleh para Wali-Wali Allah yang agong untuk menjelajahi ke alam-alam ghaib yang lebih jauh keluar daripada pemikiran manusia di samping mereka terus di ajar tentang ilmu ghaib yang lebih tinggi dan teknologi ilmu Allah yang tinggi yang sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh teknologi manusia.
Disamping itu mereka boleh membuat perhubungan terus dengan para rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Alah yang agong dan mereka dapat berbincang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu ghaib dan tentang petua-petua makrifat dengan Allah swt.
Perhubungan mereka dibuat melalui Nur, Sir dan Sirusir di dalam masa mereka membuat sesuatu perhubungan dengan para rasul-rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Allah ini mereka akan dapat menikmati satu kelazatan yang payah sekali untuk diterangkan disini dan ianya hanya boleh dirasai sendiri oleh mereka yang telah sampai ke martabatnya.


6. NAFSU MARDIAH.

Bagi mereka yang mencapai martabat nafsu Mardiah, jiwa mereka bakabillah iaitu hatinya, kalbunya dan jasadnya sekali mempunyai perasaan cinta yang amat sangat terhadap Allah swt. Jiwanya tenang, lapang tidak gelisah malahan seluruh jiwa raganya tertumpu kepada Allah semata-mata. Zikir mereka diperingkat ini tetap bersemadi di dalam kalbun dan tidak pernah pun lalai dan lupa kepada Allah, walaupun sesaat di dalam hidupnya.

Pada peringkat ini mereka telah pun dapat menerima tetamu-tetamu agong yang terdiri daripada rasul, nabi-nabi, para ariffinbillah, para sidiqqin dan para wali-wali Allah di samping mereka juga dapat menerima ilmu ghaib dan teknologi Allah melalui Laduni di peringkat TAWASSUL.
Disamping itu mereka juga telahpun berpeluang menjelajahi seluruh alam maya dan alam ghaib yang lan termasuk syurga, neraka, Arasy dan Kursi Alah swt. Sebagaimana jaminan Allah di dalam firmannya di dalam Al-Quran :-

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar (ke alam lain)”
(Surah Al-Talak – ayat 2)

Di dalam hal pemecahan wajah dirinya, sesorang diperingkat ini telah mendapat wajah di antara 7 wajah ke 8 wajah bergantung kepada badan masing-masing.


7. NAFSU KAMALIAH.

Adapun yang dimaksudkan dengan Kamaliah ini adalah keadaan telah berkamil atau bersebati kelakuan diri zahir dengan kelakuan diri batin pada kontek dirinya dengan Allah swt. di dalam hidupnya.

Pada martabat ini, apa saja kelakuan diantara diri batin dan jasad adalah sama dan tidak bercerai tanggal diantara satu dengan yang lain. Dimana setiap perlakuan yang dilahirkan oleh mereka di martabat ini direstui dan diredhai oleh Allah Taala secara spontan. Keadaan ini dinamakan Kata Jadi ( Kun Fayakun ). Pendek kata, barang kata barang jadi, mereka ini nak dikatakan sakit, amat sakit, kalau keramat amat keramat, kalau alim teramat alim dan mereka mempunyai segala kelebihan yang tidak boleh sekali diterokai oleh manusia awam.

Sesiapa saja yang tercapainya ke martabat nafsu ini (Kamaliah) mereka boleh berpeluang pula menerima ilmu syahadah iaitu Ilmu Allah yang paling tertinggi yang dapat melalui guru yang dinamakan guru batin.

Bagi mereka yang telah mencapai martabat nafsu Kamaliah, mereka hendaklah pula berusaha mengembalikan dirinya ke martabat nafsu orang mukmin iaitu nafsu Mutmainah. Mereka tidak harus tinggal lama di martabat nafsu Kamaliah. Mereka harus menjadikan diri mereka kembali kepada orang awam, bergaul berniaga, berpolitik dan menjadi khalifah di alam maya tetapi jiwa raganya tetap bersama Allah buat selama-lamanya sehingga darjat dirinya payh ditelah oleh orang ramai dan ini boleh disebut sebagi orang alim tidak alim, orang jahil tidak jahi. Pendek kata sifa manusia yang sempurna dan sederhana dimiliki oleh mereka di martabat ini dan mereka mulia di dunia dan akhirat.

Oleh itu wahai teman-teman dan anak-anak, tuntutilah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang bapak coretkan ini, semoga kita bersama selmat di dunia dan akhirat.

“Berbahagialah engkau yang mencapai martabatnya”

WSLM…


Sunday, May 12, 2013

WANITA IDAMAN JEJAKA

Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatapi.


1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulahbukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?


TENTANG LELAKI


  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  • Lelaki juga akan menangis.
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  • Lelaki amat sayang ibu mereka.
  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  • Lelaki lebih banyak berfikir.
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Tuesday, May 7, 2013

SEDIKIT MADAH MADAH BERGUNA

Assalam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


>MEMILIH SAHABAT
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
'Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat,"
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

"kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sahabat yang baik adalah suatu ketenangan dalam jiwa"

>JALAN TERPILIH
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
(Riwayat al_Bukhari dan Muslim)

"Syahwat yang diharamkan ialah seperti minum arak,zina melihat wanita ajnabi,mengumpat,melakukan sesuatu yang melalaikan dan sebagainya."

>TERPEDAYA DENGAN NIKMAT
Daripada Abdullah bin Abbas r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya;sihat dan kelapangan."
(riwayat al-Bukhari)

"Waktu sihat dan waktu terluang itulah sebenarnya peluang keemasan untuk kita melakukan dan meningkatkan ibadah."

>KEDUDUKAN MALU
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga."
(Riwayat al-Tirmizi)

"Malu tidak mendatangkan hasil melainkan kebaikan."

>JAHAT TERHADAP JIRAN
Daripada Abu hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak masuk ke syurga seseorang yang membuatkan jirannya tidak berasa aman dengan kejahatan dirinya."
(Riwayat Muslim)

"Jiran adalah seperti keluarga kita sendiri.Sentiasalah kita menjaga tingkah laku agar tidak melukakan hati jiran."

>BERGANTUNG KEPADA MANUSIA
Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi."
(Riwayat al_Haithami)

"Usahlah kita hanya engharap bantuan sesama manusia dengan mengetepikan usaha sendiri.Yang utamanya,kita mesti berusaha,kemudian berdoa,yang disertakan dengan tawakal."

>KETENTUAN AMALAN
Daripada Sahl bin Saad al-Sa'idi r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir."
(Riwayat al-Bukhari)

"Sia sia amalan kita selama kita hidup jika di akhir hayat kita membuat sesuatu yang melanggar hukum syarak."

>CIRI-CIRI SEORANG MUKMIN
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya,ia adalah mukmin."
(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

"Bertahmid ketika membuat sesuatu yang menggembirakan,beristighfar apabila melakukan kesalahan,menyesali dengan bersungguh sungguh."

>KESAN DARIPADA WUDUK
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar sinar daripada kesan wuduk sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya,maka lakukanlah."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Jagalah wuduk sepertimana kita menjaga aurat kita daripada pandangan orang lain."

>AMANAH DAN JANJI
Daripada Anas bin Malik r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah,dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

"Apabila diberi amanah,lakukanlah sebaik mungkin.Apabila berjanji,tunaikanlah dengan segera."

>SIFAT LEMAH LEMBUT
Daripada Aisyah r.ha.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Sifat lemah lembut,berbudi bahasa, merendah diri dalam perkara-perkara tertentu akan mengeratkan lagi persaudaraan sesama Muslim."

>BERAKHLAK BAIK
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik."
(Riwayat Ahmad)

"Buatlah perkara yang elok dan perangai yang baik pada bila bila masa dan di mana jua kita berada."

>BERKORBAN MEMEGANG AMANAH
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati engkau."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

"jika kita diberi sesuatu amanah, maka wajiblah kita menjaga dan berkorban untuknya."

>GANJARAN KEBAIKAN
Daripada Abu Mas'ud al-Ansari r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan,ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya."
(Riwayat Muslim)

"Tunjukkan teladan yang baik supaya teladan itu diikuti oleh orang yang melihatnya."


>PENGHULU KIAMAT
Daripada Abu Huraraih r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Akulah penghulu manusia pada hari kiamat."
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Jika ada manusia mahupun makhluk lain yang mendakwa dirinya berpengaruh di dunia dan di akhirat,maka sesungguhnya itu adalah dusta semata-matya.kerana itu kita dinasihatkan supaya mengetahui hak terhadap Banginda SAW."

>KEKAYAAN SEBENAR
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda,tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Kekayaan jiwa adalah ilmu yang diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita."

>KEBERKATAN MEMBERI SALAM
Daripada Anas bin Malik r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam.Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan."
(Riwayat al-Tirmizi)

"Ucapan salam adalah satu doa untuk kesejahteraan sesama Muslim.Silaturahim sesama kita juga akan bertambah kukuh."

>KEBAIKAN MENINGGALKAN
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Daripada Kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya."
(Riwayat al-Tirmizi)

"Lakukan setiap sesuatu itu dengan adanya manfaat kepada diri dan Muslim yang lain."

>GOLONGAN YANG DIBENCI
Daripada Abdullah bin Umar r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tiga golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat;penderhaa ibu,penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya."
(Riwayat al-Hakim)

"Untuk menjadi orang yang beriman,elakkanlah daripada perbuatan yang tidak disukai Allah Taala."

>TIGA AMALAN YANG KEKAL
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang mati terputuslah daripadanya amalannya melaikan tiga;sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.''
(Riwayat al-Tirmizi)

"Peringatan untuk kita yang masih hidup iaitu perbuat dan amalkanlah sesuatu yang mempunyai manfaat yang kekal."





WSLM

RASA BERSALAH

Assalam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Sedih rasa untuk memulakan post kali kerna,Ianya mengenai hidup kita semua.Semua orang perasaan tak sewaktu kita susah jew kita cari Allah.Sewaktu kita senang kita tak cari pun Allah. Bak kata lain waktu kita dilanda musibah kita baru menadah tangan untuk meminta petunjuk dari Rabb...Sewaktu kita senang kita pernah pun menadah tangan untuk mensyukuri segala nikmat yang Rabb beri kepada kita.

Saya pernah dengar para alim ulama berkata bahawa Allah cukup tidak suka kepada hambaNya yang jenis ingat kepadaNya sewaktu dier susah jew....tapi sewaktu kita senang...tidak sedetik pun kita ingat kepadaNya...Jomlah sama sama kita berubah untuk sentiasa ingat kepadaNya...Jomlah kita ubah pandangan kita iaitu tidak sewaktu susah dan perlukan pertolongan jew kita ingat kat Allah...Ayuhlah sahabat sahabat sekalian kita berubah.

SesungguhNya tiada tuhan melainkan mu, Maha suciMu, sesungguhnya aku berada dalam golongan yang zalim...itu sja utk post saya kali ini...

WSLM


KEPADANYA...

Setiap saat hidup ini,
Pastinya kita sering memerlukanNya,
Tak kira detik,
haruslah kita yakin kepadaNya,

Jajahannya meliputi seluruh semesta,
KekuasaanNya mampu untuk melakukan apa saja,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,
Kerna Nya tahu apa yang terbaik,
Untuk kita...

Andaiku dapat undurkan masaku,
Pastiku akan mengubah zaman gelapku,
Tapi semua itu...
Hanyalah diluar batasan kita...

Kerna semuanya telah tertulis,
Dalam suratan takdir kita,
Tiada apa yang kita mampu lakukan,
Kecuali untuk terus berdoa kepadaNya...