Cara-cara Kekal Romantik
SEMAKIN usia meningkat, semakin berkurangan perasaan cinta terhadap pasangan. Itu hakikatnya bagi segelintir pasangan yang cepat bosan dengan rumah tangga mereka.
Tidak hairanlah sekiranya apa yang mereka lalui setiap hari bersama pasangan dianggap sebagai rutin, bukan tanggung jawab yang harus dilaksanakan seikhklas hati.
Ramai beranggapan keadaan seperti ini terjadi akibat tekanan hidup, kos sara diri dan ekonomi rumah tangga. Tidak ramai yang mahu mengakui bahawa ketidakjujuran mereka pada perkahwinan merupakan faktor utama mengapa perkara seperti ini terjadi.
Jadi apa yang perlu anda pegang sekarang ialah usia bukan alasan untuk merenggangkan mahligai istana yang telah lama dibina. Peliharalah ia sebaik-sebaiknya. Bukan itu sahaja, jagalah perhubungan sesama pasangan agar apa yang dipertahankan selama ini berkekalan.
Terdapat banyak cara untuk mengharmonikan perkahwinan dengan penuh perasaan kasih sayang. Ikuti tip yang disenaraikan ini:
1. Masak makanan kesukaan pasangan
Sebelum berkahwin, ramai di antara kita sudah masak dengan makan minum pasangan kita. Oleh itu, jadikannya lebih romantik apabila anda menyajikan masakan kegemarannya saat dia sedang bercuti, berehat atau santai di sekitar rumah. Memang nampak mudah, tapi tidak semua mampu berbuat sedemikian. Teruskan kerana ini akan memberikan kesan positif apabila pasangan anda menghargai dan dijaga rapi oleh insan tercinta.

2. Apabila jatuh sakit, berilah perhatian yang lebih!
Elakkan daripada membebel atau yang seangkatan dengannya. Seharusnya anda berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk anda memainkan peranan anda sebagai isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. Jadi berikan perhatian lebih.

3. Aktiviti memasak
Amatlah bagus bagi pasangan suami isteri untuk tolong-menolong di antara satu sama lain. Selain dapat mengeratkan lagi perhubungan, perhubungan akan menjadi lebih hangat dan romantik.

4. Lakukan kejutan buat si dia!
Salah satunya, SMS cinta untuk pasangan anda pada saat yang dia tidak menjangkakan. Katakan, “I Love You Forever”.

5. Tulislah ayat-ayat cinta
Romantik bukan, jika anda meletakkan sekeping kad di atas meja solek isteri atau untuk lelaki, di tempat yang mudah untuk dilihat pasangan. Kejutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan romantik. Si dia mungkin akan mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

6. Hobi
Cuba meminati hobinya. Ini kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap romantik yang maksimum anda dan pasangan. Anda juga haruslah memberi sokongan walaupun bukan secara memaksa diri. Perhatian anda akan membuatkan hati si dia lebih senang dan bertambah sayang.

7. Lakukan kerja yang biasa dilakukan oleh pasangan anda
Go for it, jangan goyang kaki, lakukan aktiviti seperti menyapu sampah atau mengemas rumah. Dan mesti dia akan berasa pelik, kenapa perangai anda berubah. Anda hanya perlu ucapkan kepada si dia , “Because I Love You”.

8. Sebelum tidur atau selepas bangun tidur, ambillah masa untuk bermanja-manja dengan pasangan anda. Urut pasangan anda dan belailah dia.
9. Ketika anda bekerja, goda pasangan anda dengan menghantar SMS romantik. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringatkan dia.
10. Belilah kad ucapan yang romantik dan tulislah “I love U” di dalamnya. Hantar kepada pasangan anda.
selamat mencuba... :D
Comments
Post a Comment