Saturday, April 28, 2012

Pantang Larang

PANTANG LARANG DALAM MASYARAKAT MELAYU SEKARANG

-Sekarang,masyarakat melayu tidak behitu aktif dengan mengamalkan pantang larang.Apabila mereka mendapat tahu bahawa pantang larang dicipta semata mata untuk memberi petunjuk dan kadang kala menakutkan,mereka sudah merubah persepsi dan mengaggap bahawa pantang laranmg itu tidak benar.Bukan semua tetapi segelintir sahaja.Ada juga beberapa pantang larang yang telah diubah.


MENGAPAKAH PANTANG LARANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT 
DAHULU?MENGAPA PANTANG LARANG DICIPTA?

-Pantang larang diamalkan oleh masyarakat melayu dahulu adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.Ia juga diamalkan kerana pantang larang adalah seperti harta pusaka nenek moyang mereka dan bagi mereka mereka bertanggungjawab untuk mengamalkannya dan menurunkan tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka.Di dalam sebuah pantang lrang mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup masing-masing.

Tiga contoh pantang-larang

1. Anak dara dilarang berdandan malam dan melihat wajah pada cermin.
Dikhuatiri wajah yang selalu dibelek pada malam hari, tiada seri dipandang orang. jauh dilihat manis, didekati tidak secantik mana. Larangan ini ada rasionalnya, anak dara tidak beralasan berhias malam.


2. Anak dara dilarang tidur di tiang seri rumah atau muka pintu. 
Kononnya hal ini menyebabkan penyakit berat menimpa. Ada pula beranggapan pinangan orang tergendala.

3. Kepala ikan dilarang makan trutama bagi kanak-kanak. 
Dikhuatiri sukar mengingat pelajaran atau lambat khatam Al-Quran.

Contoh-contoh Pantang-Larang 
- Tidak boleh bermain sembunyi pada waktu malam
- Tidak boleh sikat rambut pada waktu tengah malam
- Tidak boleh membuka payung di dalam rumah
- Tidak boleh berangan pada waktu maghrib
- Tidak boleh tidur pada waktu maghrib
- Dilarang mempercayai dengan tok bomoh
- Dilarang menyembah berhala 
- Dilarang bergantung di telefon pada waktu maghrib
- Dilarang keluar pada waktu malam
- Dilarang membuang air kecil di pokok

Definisi Pantang-Larang

Dalam kehidupan masyarakat Melayu ada 1001 jenis pantang-larang. Tidak semua pantang-larang itu dapat diterima akal, namun tetap indah dan berseni, terutama dalam membentuk struktur kehidupan yang sempurna. 

Walaupun banyak beranggapan pantang-larang tidak sesuai digunakan terutama menghadapi kehidupan alaf baru, tiada tanda pantang-larang akan dipinggirkan begitu sahaja. Yang pasti, masa beredar, agama Islam menjadi kukuh dan tunjang kehidupan masyarakat Melayu mampu mengubah pantang-larang agar lebih bersesuaian dengan cara hidup masyarakat beragama. Hanya pantang-larang yang berunsur animisme warisan lama, perlahan-lahan terhakis dan ditolak tepi.

Kelebihan Ayat Seribu Dinar




Jika kita makan di Restoran Islam, didinding selalunya tergantung ayat 1000 dinar yang tulisannya dapat kita baca dari jauh. Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. 

Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.

Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. 

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik segala doa untuk segala masalah. Banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi mampukah kita menghafal kesemua doa-doa tersebut. Hanya segelintir diantara kita yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan.

Tetapi ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis. Di kala kita dalam kesusahan yang seperti dialami oleh pelajar-pelajar di Mesir yang terkini terkepung. Ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dibaca dan dihafal sewaktu dalam keadaan darurat. 

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah dihafalkan dan fahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan. Jazakallah Khairan. 






Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu


  • Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia,  pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar. 
  • Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.
  • Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.
  • Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik... =P
  • Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.
  • Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.
  • Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.
  • Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.
  • Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.
  • Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada  harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.
  • Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda untuk sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.
  • Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.
  • Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.
  • Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.
  • Fakta yang paling penting ialah perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke???

Tentang Lelaki



Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan.
Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.
Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. “Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur”.
Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.
Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan.
Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita. Oleh itu, jadikan apa yang akan PDH paparkan di bawah ini sebagai panduan saja, tidak semestinya betul.
Lelaki itu jujur jika :
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya.
Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya.
Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya.
Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN. 
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?
Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.
Ada suami yg tak pandai urusan rumahtangga namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.
Ada suami jarang menghadiahkan bunga tapi selalu membelanja anak dan isteri makanan istimewa.
Ramai juga suami yang tak tahu memujuk tapi pandai bertolenransi bila diminta bantu sini sana.
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan, pasti wahai isteri..awak akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia !!!

Friday, April 27, 2012

Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta...


Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu
lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. :) cintailah lelaki… hehehe

Monday, April 23, 2012

Macam mana keadaan anda sekarang???

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUKi). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONGi) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKIa) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAHa) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCINGa) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESARa) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADANa) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

#AstroGradz provides support for school-leavers – if u need any edu or career info, this is the one to put on your checklist too!

#AstroGradz provides support for school-leavers – if u need any edu or career info, this is the one to put on your checklist too!