Salam Ramadhan kepada semua umat Islam

Bismillahirrahmanirrahim...

Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam diseluruh dunia.


Jadikanlah puasa pada tahun ini lebih  baik daripada tahun-tahun lepas.Selain itu, kita mestilah mempertingkatkan amalan amalan sunat kita pada bulan Ramadhan ini untuk dijadikan sebagai satu latihan untuk bulan bulan lain.

Janganlah kita hanya melakukan perkara perkara yang baik hanya di dalam bulan Ramadhan sahaja.kita hendaklah melakukan amalan amalan yang baik tersebut secara beristiqamah.

Kita juga hendaklah melatihkan diri kita dengan tidak membuka aib seseorang kepada orang lain.Sesungguhnya jika tidak menjaga aib orang,Allah juga akan menunjukkan aib kita di akhirat kelak...

Saya hanyalah manusia biasa.Oleh itu sama samalah kita menegur antara satu sama lain....

Wallahu'alam...

Comments

Popular Posts