Kata-kata mutiara Imam Syafii tentang kehidupan



  1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
  2. Menurut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
  3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan  dan diampun kehinaannya.
  4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.
  5. Seseorang tidak akan berjaya dengan menuntut ilmu melainkan dia menuntut ilmu semasa dalam kemiskinan.
  6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehausan ilmu akan hilang.
  7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang yang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
  8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
  9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepda keaiban akan mendapat malu di akhirat.
  10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
* * * * * * *
-Imam Syafii-
Quran hafalan.
Aku mengeluh buruknya hafalan ku.
“Jauhilah maksiat” pesan guruku.
“Kerana ilmu adalah cahaya. Dan cahaya Allah bukan untuk pelaku dosa”
* * * * * * *
Sahibah seislam,
perindu firdausi

Comments

Popular Posts