Memahami Institusi Persilatan Melayu

BismillahirRahmaniRahim.Assalamualaikum selamat sejahtera kepada seluruh ahli perguruan-perguruan persilatan Melayu Malaysia khasnya Nusantara amnya dan juga kepada seluruh umat Melayu yang cintakan agamanya bangsa dan seni budayanya Seni Silat Melayu.Di sini penulis ingin mendedahkan secara ringkas aspek pemikiran mengenai beberapa perkara dalam atau peranan institusi persilatan Melayu Nusantara bagi membersihkan beberapa pandangan `pentes keting` dan sinis terhadap kewibawaan dan kecermerlangan pendidikan dalam institusi persilatan Melayu Nusantara zaman berzaman.
Saya terbaca satu artikel yang tajuknya berkaitan Silat Melayu yang menjadi`Fukus` utama kepada sebuah majalah  berorientasikan Islamik di Malaysia iaitu:Pertembungan silat dan syariat`Islam`dalam majalah keluaran bulan ogos 2010 yang telah ditunjukkan kepada penulis oleh beberapa orang daripada keluarga perguruan kami ini bersama itu lantas mereka meminta pandangan penulis mengenai beberapa perkara yang tertulis dalam artikel di dalam majalah itu.Apabila membacanya sepintas lalu penulis merasakan begitu keciwa terhadap penulisan nya yang difikirkan begitu kebudak-budakan dan seolah-olah sengaja memperlekehkan keagongan pusaka bangsa Melayu ini walau pun diawal penulisan artikelnya ada menyebut jasa ilmu persilatan oleh para pahlawan Melayu zaman lampau dalam pembentukan negara-negara Empayer Melayu.
 Fahaman atau pemikiran yang disampaikan oleh penulisnya terhadap fungsi persilatan dan menjadi seolah-olah tidak bermutunya serta menyelewengnya silat Melayu seperti yang dibincangkan oleh pengarang artikel tersebut yang namanya seperti nama orang Melayu Islam juga adalah merosakkan image Silat Melayu itu sendiri.Beliau mensabitkan ilmu persilatan dengan keterlibatan seorang budak yang belajar silat  Melayu(entah apa nama silat atau perguruannya tidak disebut)bernama Asri yang kononnya belajar silat kebatinan yang  diperturunkan oleh kawannya(gurunya)tetapi ada perdampingannya dengan Jin.Ada beberapa tajuk lagi di bincangkan orang yang berlainan dalam halaman-halaman berkaitan silat itu yang boleh merosakkan image silat namun ada sedikit sebanyak yang boleh diambil iktibar.
Sebenarnya campur aduk persilatan dengan pengamalan kebatinannya yang berdampingan dengan jin itu adalah kes terpinggir[bukan yang major stream] sahaja dalam ilmu persilatan Melayu yang haq. Jika pun benar ianya ada wujud andainya penulis artikel itu memang tidak sengaja mengada-ngadakan ceritanya berkenaan budak Asri itu seolah-olahnya mahu menjatuhkan mertabat kemuliaan kebudayaan dan seni Mempertahankan diri bangsa Melayu yaitu Ilmu persilatan Melayu.
Nasihat saya kalau pun anda hendak menulis dimedia massa (dalam majalah popular bagi umat Islam seperti Majalah yang berorientasikan Islam itu)untuk mencari `sesen dua` janganlah menceritakan atau mengenengahkan perkara terpinggir seperti itu kerana ianya seolah-olah suatu hal yang majoriti berlaku dalam persilatan Melayu sebab kerana pendedahan yang demikian itu boleh mengelirukan dan merosakkan seluruh perkaranya(iaitu mengenai Ilmu Persilatan Melayu Nusantara) pada pandangan masyarakat dan pehak penguasa lebih-lebih lagi perkara itu(Persilatan) adalah perkara yang menjadi identiti dan menjunjung maruah bangsa Melayu seperti mana berjasanya seni persilatan sejak zaman dahulu sebagai tonggak kekuatan bangsa dan maruah juga sebagai sumber tenaga perjuangan menegakkan Islam di Nusantara ini.Salah satu contoh nya seperti perjuangan kependekaran para Wali Sembilan menegakkan Islam di Pulau jawa dan seluruh Nusantara dan juga mempertahankan agama serta tanah air daripada pencerobohan Barat seperti perjuangan pahlawan Fatahillah bersama Sunan Gunung Jati mempertahankan Kerajaan Banten dan Sunda Kelapa daripada serangan Portugis atau perjuangan Pendekar As-Syahid Raja Haji Pulau Penyengat untuk mengembalikan kedaulatan bangsa Melayu dari penjajahan Belanda.
Perjuangan Tengku Anom,Panglima Ismail,Panglima Taib  dan juga bersama lain lain pendekar persilatan di Negeri Kedah juga yang mengamalkan ilmu persilatan yang dipelupuri seorang pendakwah Islam yang mashor`Syeikh Tajrid` dalam perang menentang tentera Siam dan lain lain pahlawan bangsa lagi yang cukup ramai jika hendak dituliskan di halaman ini.Sekarang ini pun Ilmu persilatan Melayu di anggap masih berperanan sebagai tonggak pertahanan di barisan kedua selepas peranan para tentera moden kerajaan yang menggunakan peluru-peluru moden untuk mempertahankan agama bangsa dan negara daripada pencerobohan luar.
Kalau tidak tahu benar-benar selok belok budaya ilmu persilatan secara menyeluruh jangan cuba memandai-mandai cakap atau menulisnya ikut suka nafsu sendiri nanti kamu boleh dianggap pengkhianat kepada kemurniaan dan jasa seni budaya bangsa sendiri ini oleh berjuta-juta orang pendukung dan ahli persilatan di Malaysia dan Nusantara yang masih ada.Nampaknya sebahagian besar penulisan artikel itu cuba menjatuhkan image keistimewaan dan kebaikan ilmu persilatan Melayu yang berjasa semenjak berzaman ini dan mengatakan pula seolah-olahnya seni pertahanan diri asing menjadi pilihan kepada anak bangsa Melayu dalam sinisnya pula alasan penulis artikel itu hanyalah di sebabkan kes yang terpinggir yang di sebutkan tadi dalam artikel itu yaitu bersilat dengan perantaraan Jin atau pesilat beramalan songsang!! Sebenarnya bukanlah benar atas alasan penulis itu yang mengatakan bahawa silat semakin dilupakan kerana kewujudan senjata-senjata canggih ciptaan orang barat.
Pada hal orang orang barat yang mempunyai senjata canggih itu sendiri pun sekarang ramai yang tergila-gilakan mahu belajar seni bela diri Melayu ini malah Seni Silat Melayu makain maju di Eropah di Belanda,di England,di Amerika dan lain lain negara Eropah malah ada antara mereka lebih handal dari sesetengah guru silat Melayu sendiri sekarang dan mungkin suatu masa nanti orang Melayu sendiri akan berguru ilmu persilatan warisan bangsanya dengan orang barat pula yang berkerja keras mempelajarinya jika mahu belajar seni bela diri Melayu yang sebenar hebat pada pandangan orang barat (tapi dipandang rendah oleh bangsa Melayu sendiri yang tersalah tanggapan di sebabkan cakap-cakap atau tulisan yang merendahkan warisan bangsa sendiri seperti penulisan yang ada mengenai silat sebagaimana didalam majalah seperti ini)tidak terkalahkan dengan mana-mana seni bela diri asing!!.
Maka fokus penulisan penulis artikel itu menikam niat beliau sendiri kerana pendedahannya menjadikan sungguh jelik dan tidak  berlaku adil kepada budaya dan bangsa sendiri sungguh pun tujuan penulisan pada awalnya konon berniat ingin memeliharakan warisan bangsa seni budaya persilatan Melayu.Mempamirkan kata kunci oleh editor majalah itu sendiri iaitu`Pertembungan Seni Silat dan Syariat`sudah cukup memberi kesan dasar yang besar kepada pemikiran anggota masyarakat secara sepintas lalu tentang bahaya ilmu persilatan terhadap akidah umat terutama kepada pemikiran orang orang yang tidak pernah mencebur  diri dalam  Institusi persilatan yang haq  atau pun yang baru saja memikirkan untuk mencebur diri  atau pun menghantar anak-anak mereka belajar dalam institusi persilatan Melayu… tidakkah ini perbuatan khianat namanya?.
Perdampingan dengan Jin dalam Ilmu persilatan jika ada pun itu adalah bagi segelintir pesilat Melayu saja atau pun pesilat-pesilat Nusantara yang lain yang tidak benar-benar ada kesedaran Islam yang sejati.Pedampingan dengan jin syaitan dan pengamalan songsang bukan sahaja perbuatan ahli-ahli silat terpinggir ini tetapi juga oleh para pengamal ilmu hitam atau sihir yang syirik dengan Allah SWT…Dan mereka ini tidak lah ramai jika pun wujud.Tetapi saya percaya daripada berjuta umat Melayu-Nusantara Islam daripada 400 lebih perguruan Silat di Malaysia  dan beratus ratus lagi di Indonesia,Thailand Selatan,Berunai,Filipina Selatan,kemboja dan lain lain masyarakat Islam saya yakin seluruhannya mereka tetap berdamping dirinya kepada kemahakuasaan Allah SWT dalam kaitan kekuatan batinya dalam  pembelajaran ilmu persilatan mereka sebagaimana saranan agama Islam yang maha suci kepada setiap umatnya hendaklah bersandar dan berlindung seorang hamba itu kepada Allah semata-mata dalam semua situasi.
Bagaimana pula boleh dikatakan seseorang pesilat itu Islam jika ia tidak bergantung kekuatannya dengan kekuatan Allah SWT Tuhan nya?.Dan ada lah amat salah terhadap sesiapa saja yang melarang seseorang ahli persilatan yang muslim merapatkan dirinya dan juga menghubungkan segala acaranya kepada Allah dan agama Islam yang maha suci.Yang paling ditakuti sekarang kerana ada berlaku hasutan orang-orang yang  barangkali berniat jahat terhadap ilmu persilatan Melayu yang memang masih menjadi sumber kekuatan semangat dan jati diri Melayu ini yaitu menyuruh atau memaksa seseorang persilat supaya tidak mempertalikan ilmu persilatannya dengan penghayatan agama Islam yang maha suci melalui fatwa-fatwa pehak berkuasa yang barangkali bersikap betul bendul atas alasan Rasulullah s.a.w.dan para sahabat baginda tidak bersilat.
Sekarang ini pula satu lagi perkara yang menjadi delema terhadap Seni Persilatan ialah ada pehak-pehak yang  mahu mengkatagorikan silat sebagai satu jenis sukan saja dan bukan  ianya terangkum dalam katagori Seni Budaya Bangsa sebab perkataan kebudayaan akan merangkumi pertaliannya dengan agama ,akidah,adat resam dan adat istiadat bangsa serta jati diri bangsa.Dengan pengistiharan yang demikian mudah lah pehak-pehak berkuasa membuat undang-undang tertentu memisahkan agama,akidah,adat resam dan adat istiadat bangsa daripada instirusi persilatan lantas boleh melemahkan lagi jati diri bangsa Melayu Islam.
Bersilat samalah dengan kata `ilmu mempertahankan diri`.Teknik ilmu mempertahankan diri boleh dikatakan ada kepada semua bangsa-bangsa dalam dunia ini dan ianya menjadi hak budaya dan juga identiti diri sesuatu bangsa itu pula.Dalam hal ini adakah Nabi dan para sahabatnya tidak tahu gerak mempertahankan diri? Kalau begitu bagaimana mereka berperang menggunakan pedang dan pelbagai senjata lain seperti tombak dan lembing?Adakah mereka hanya merempuh`bodoh`begitu saja ke dalam barisan musuh? pada hal Tuhan ada mengatakan `Jangan campak diri kamu kedalam kancah kebinasaan? maksudnya disini(dalam konteks ini) kalau kamu berlawan atau berperang hendaklah jangan kamu tidak tahu teknik berlawan atau berperang itu!!.
Sebenarnya Nabi dan para sahabat baginda pun belajar bermain pedang atau lain-lain senjata seperti panah dan lembing (samalah seperti belajar menggunakan senjata dalam bersilat)sebagai persediaan dalam peperangan.Cuma tidak ada seorang pun ahli sejarah Islam menulis dalam sejarah Islam bagaimanakah gerak berpedang Rasulullah s.a.w. dan gerak berpedang Sayyidina Ali yang bergelar Asadullahal- Ghazi (Pahlawan Singa Allah)dengan pedang zulfaqarnya itu atau gerak berpedang Sayyidina Khalid ibnul Walid yang bergelar Saifullah(Pedang Allah itu) serta lain lain sahabat sahabat Rasulullah s.a.w. yang semuanya hebat-hebat dalam seni pertarungan tangan kosong atau pun bersenjata.Padahal perkara ini amat penting dari sudut kepahlawanan Islam.Pengabaian atau terlepas pandangnya ulama terhadap fakta sejarah teknik peperangan dan teknik pertarungan menggunakan senjata oleh para general dan pahlawan Islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w. dahulu ini amatlah di kesalkan.Tetapi bangsa Melayu Nusantara masih beruntung kerana dari generasi ke generasi ada perwarisan ilmu persilatannya yang boleh di aplikasikan untuk mempertahankan agama,bangasa dan negaranya walaupun pada zaman sekarang ianya menjadi alat pertahanan kedua selepas teknik perang menggunkan senjata moden.
Kes tidak mencatat gerak berpedang dan teknik mempertahankan diri Nabi dan para sahabat baginda ini mungkin hanya  sebab terlepas pandang akan kepentingannya para ahli sejarah dan terlepas pandang bagi ahli fekah,tauhid dan tasawuf sahaja kerana tumpuan pada bidang masing-masing sahaja.Padahal bukanlah ianya(Seni gerakan bela diri) perkara yang tidak pernah ada dalam sejarah perluasan empayer Islam masa lampau.Tuhan pun ada berfirman supaya umat islam menyediakan segala kekuatan yang mungkin bagi menentang musuh-musuh Islam.Oleh itu salah satunya mempelajari teknik-teknik peperangan melalui seni bela diri dan persilatan Melayu bukan lah suatu kesalahan dalam agama Islam!! sebagaimana tidak salahnya juga menggunakan senapang,meriam,roket,bom,kapal terbang pejuang,kereta kebal,peluru berpandu dan macam-macam lagi dalam peperangan kerana mempertahankan agama bangsa dan negara walaupun kaedah peralatan ini belum terdapat untuk digunakan dizaman Rasulullah!!.
Aduhai menggaru kepala lah kita orang silat jika ada pemikiran sempit dan fatwa karut begitu yang mahu menceraikan ilmu persilatan dengan kebudayaan…..fikir lah sikit tuan-tuan sekelian jangan tahu nak menyekat dan melarang serta menghalang sahaja gerakan pengajaran ilmu persilatan Melayu mentang-mentang ada kuasa dalam hal memberi fatwa.Kena kaji selidik betul betul dulu jangan main hentam keromo saja.Janganlah jadi pengkhianat kepada ilmu dan pengkhianat kepada budaya bangsa  sendiri yang berharga ini!!.
Menjelaskan kes terpinggir yang penulis sebutkan iaitu `silat kebatinan menggunakan gerakan Jin` hal itu jikalau wujud dalam kalangan ahli silat Melayu Islam hendaklah dihentikan segera untuk keselamatan akidah dan keselamatan diri pesilat itu sendiri hingga hari akhirat.Tetapi yang sebenarnya jika dikaji dengan teliti keseluruhan  ilmu silat kebatinan persilatan Melayu adalah perdampingan diri  dengan yang `Haq` atau dengan lebih jelas lagi ialah kebergantungan diri pesilat kepada Yang Maha Berkuasa `Allah SWT`sahaja melalui berbagai zikir atau menyeru terhadap nama-nama Allah Asma Al-Husna dan juga ayat ayat ayat suci Al-Quran ,doa doa Rasulullah SAW atau pun doa-doa serta hizib-hizib aulia semuanya itu sebagai alat hubungan dengan Allah SWT dan alat meminta bantuan serta pertolongan daripada Allah SWT sebagaimana saranan Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. sendiri supaya bermohon hanya kepada Allah.Maka itulah sebenarnya pakaian dan peramalan majoriti guru-guru pesilatan Melayu dan para murid mereka semenjak daripada zaman kedatangan Islam ke Alam Melayu .Tetapi bukan lah peramalan menyeru Jin syaitan kerana ianya perkara dilarang dalam agama Islam yang suci dan peramalan begitu ialah perbuatan yang syirik lagi berdosa.
Tetapi ada kah menjadi persoalan syariat dan menghairankan atau pun menjadi perkara tidak logik jika dengan rahmat dan kemurahan AllahSWT memberikan sesuatu kebolehan luar biasa  kepada seseorang pesilat atas sebab permohonan mereka?.Ketahuilah sesungguhnya Allah Maha berkuasa berbuat sekehendakNya  dan juga dengan kemurahan kurnia dan rahmat Nya.
Adapun perdampingan dengan jin atau iblis Syaitan itu adalah kerja pawang dan bomoh ilmu hitam laknatullah bukan amalan atau pegangan ahli ilmu persilatan Melayu yang haq.Jangan cuba tabur fitnah dengan berbagai cara atau dengan penulisan terhadap ilmu persilatan kerana institusi ilmu persilatan sejak zaman berzaman adalah salah suatu Institusi Intelektual Melayu yang melahirkan para Pendekar`Pandai akal` di nusantara ini.Sebab itu pada zaman dahulu tidak ada orang Melayu atau Nusantara tidak menghantar anak mereka belajar dengan Tok Guru Persilatan kerana disitu bukan saja diajar bagaimana mempertahankan diri jika di cerobohi tetapi juga di ajar ilmu ilmu bermanfaat yang lain iaitu mengenai agama berserta pegangan akidah tauhid dan tasuf dan juga peribadatan,diajar Ilmu mengenal diri dan mengenal Ilahi ,dan di ajar juga ilmu etika sifat-sifat terpuji adab sopan dan budaya berbudi bahasa seperti pandai mengenang budi dan jasa orang serta mengenali jati diri.Malah Institusi persilatan zaman dulu boleh dikatakan sebagai ganti kepada institusi pendidikan tinggi pada hari ini.
Satu lagi hal di bangkitkan oleh penulisnya dalam majalah yang berorientasi Islam itu ialah mengenai pakaian(Uniform silat)dikatakan berwarna hitam.Kononnya ini kerana  pesanan daripada Daeng Kuning keturunan anak Raja Bugis tujuh saudara yang datang mengembara ke Tanah Melayu yang bermadah: `Batu hitam tidak berjodoh Batu hitam tidak bergaduh Anak-anak ku hendaklah berpakaina hitam untuk mendapat ilmu gayung.
Dikatakan ini lah sebab setiap penuntut ilmu persilatan mesti berpakaian hitam….Begitulah bunyi penulisan artikel itu.Hal ini boleh jadi benar boleh jadi tidak benar dan boleh jadi juga rekaan penulisnya saja untuk panjangkan cerita mengenai kisah perkembangan Silat Gayong Malaysia atau Pesaka Gayong Malaysia.Hal ini jika dianggap benar pun hanyalah daripada  cerita lisan sahaja bukannya ada bukti jelas siapa yang mengambil kata-kata itu dari Daeng Kuning.Pada hal pakaian hitam bukan lah pilihan kepada semua perguruan persilatan Melayu yang berpuluh atau beratus jenis lagi yang bukan atas nama  atau yang berasal daripada perguruan Gayong Malaysia atau pecahannya Pesaka Gayong Malaysia sahaja.Banyak lagi pengasas pengasas persilatan Melayu di Nusantara Melayu ini yang hebat-hebat setara atau pun melebihi daripada kehebatan anak Raja Bugis yang di mashorkan sebagai pengasas Silat Gayong Malysia itu.
 Tidaklah benar juga apabila dikatakan pesilat yang berpakaian`Hitam`saja yang hebat atau pandai  bersilat atau`bergayong`.Banyak lagi pilihan warna warna lain oleh perguruan perguruan persilatan atau `silat gayong lain`daripada Gayong Malaysia atau Pesaka Gayong Malaysia.Ada perguruan yang warna uniform silatnya berwarna Putih,biru,hijau,kuning atau merah atau pun yang  hanya berpakain baju Melayu  bertanjak atau bersongkok  dan berbengkong dengan pelbagai warna pakaian tetapi mereka pun pandai bersilat atau bergayong juga.
Pembesar-pembesar Melayu dalam Istana zaman dulu kesemuanya boleh dikatakan pandai bersilat atau bergayong belaka mereka itu memakai pakaian persilatan yang sekali gus menjadi pakaian darjat dan adat istiadat pun memakai pakaian berbagai warna pilihan masing-masing tidak semestinya berwarna hitam.Malah pakaian warna hitam kebanyakannya dipakai oleh para pengawal istana raja sahaja pada zaman dahulu tapi bukan warna pakaian resmi seorang hulubalang dan panglima Panglima perang persilatan Melayu zaman lampau.
Namun walaupun begitu tidaklah boleh kita nafikan bahawa  kebanyakan ahli persilatan Melayu terutamanya yang sedang berlatih digelanggang-gelanggang memilih warna hitam adalah kerana atas sebab bijaksana pemilihan warna itu sendiri. Sebab sesuai dengan kita orang Melayu-Nusantara ini kerana cuaca dan hawa di alam Melayu kita yang menyebabkan senang berpeluh jika berlatih dan gelanggang pun berdebu pada zaman dulu maka mamakai baju seluar berwarna hitam adalah tahan lasak dan tidaklah cepat menampakkan kekotoran uniform.Memakai warna hitam juga tidak cepat menampakkan peluh atau darah dalam pertempuran peperangan jika terluka yang boleh juga memberi rangsangan saikoloji permulaan kemenangan terhadap lawan  bagi meneruskan lagi serangannya.Baju seluar warna hitam dan kasar menjimatkan kos harga pembelian kain daripada jenis yang halus dan berwarna terang.Warna hitam juga mengandungi pancaran aura warna semangat berani,kekuasaan dan tabah perkasa kerana perwujudan warna hitam adalah campuran daripada warna asas yaitu merah(semangat berani)kuning(lambang kuasa)Biru(lambang tabah perkasa) maka ianya sesuai dan bagus menjadi pilihan para pesilat kerana didalam warna gelap hitam terpendam tiga semangat tersebut bagi seorang pendekar persilatan.
Justeru itu pemilihan warna hitam sebagai uniform silat bukanlah untuk perguruan Silat Gayong atau Pusaka Gayong saja tetapi juga oleh kebanyakan perguruan-perguruan silat Melayu Nusantara yang lain juga dan bukan atas sebab pesanan Daeng Kuning semata tetapi juga atas sebab pesanan oleh pendekar pendekar atau guru guru aliran Persilatan Melayu Nusantara yang lain daripada Gayong Malaysia atau Pesaka Gayong yang berpendapat seperti apa yang di tulis oleh penulis di atas itu. Tetapi amat lah tidah tepat jika seseorang menyatakan bahawa perguruan persilatan Melayu tidak bagus kerana  memilih warna hitam itu kerana warna kesukaan orang  jahat dan adalah tidak bagus kerana menyamai warna pakaian bomoh bomoh ilmu persihiran  yang memang suka menggunakan pakaian hitam pada hal Tuhan tidak menilik kepada warna pakaian atau pada zahir fizikal seseorang tetapi Ia menilik kepada hatinya seseorang hamba Nya itu.
Wallahu a`lam. Wabillahi taufiq walhidayah. Wassalam.

Comments

Popular Posts