Hadiah Malam Jumaat
Pengalaman Salih Al Mazi
Pada
suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik
untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum
masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk
sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli
kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur
dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang
lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung,
gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat
membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah
seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli
kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam
dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat
satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih
itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi
sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu
sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat
talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda
itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?"
tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada
hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan
panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di
alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa
untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga
tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda
setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima
hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat
kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat
ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan
sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy
terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana
kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan
perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy
mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata
:"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku,
dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu
dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika
kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan
menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya
selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al
maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk
melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam
biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai
Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku.
Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah
untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang
itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari
seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi
amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada
suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid
jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah
di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat
ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda
tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.
"
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya,
Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan
berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih
Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa
gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan
sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
Comments
Post a Comment