:: MAK DAN AYAH PERMATA BERHARGA ::
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu..
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai..
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”..
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”..
TETAPI...
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”..
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”..
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki..
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena..
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal..
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga..
#Fikir-fikirkanlah..
Comments
Post a Comment