‘Macho’ konon


Kuala Lumpur: Lambakan rokok murah di pasaran selain mudah didapati menyebabkan ia turut menggalakkan golongan remaja terutama yang masih di bangku sekolah berjinak-jinak dengan tabiat merokok.
Sebelum ini, kerajaan pada 2010 sudah menetapkan harga minimum rokok 20 batang adalah RM7, namun kini dengan lambakan rokok tidak sah, ia boleh dibeli dengan harga RM3.50 hingga RM4 atau mungkin kurang daripada harga itu.

Tujuan kerajaan menetapkan harga minimum berkenaan adalah untuk tidak menggalakkan golongan remaja ini membeli rokok. Malah, sudah ada peraturan daripada Kementerian Kesihatan mengenai larangan kepada peniaga atau peruncit untuk tidak menjual rokok kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Namun, ramai dalam kalangan remaja yang merokok tidak sedar bahawa mereka sudah melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjarakan jika ditangkap dan yang paling berbahaya mereka turut menyumbang kepada sindiket jenayah yang ada kaitan dengan penyeludupan rokok tidak sah ini.

Seorang kaunselor, Norsalbiah Mohd Said berkata, kegiatan merokok dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya selain ingin dilihat sebagai seorang yang hebat atau ‘macho’.

Katanya, pada peringkat awal, atas ajakan rakan, mereka mahu mencuba dan lama-kelamaan mula ketagih.

Foto

DIANGGARKAN terdapat 4.7 juta perokok tahun lalu.
“Ada remaja ini sanggup menggunakan wang poket harian yang diberi ibu bapa untuk membeli rokok. Tambahan pula, ada peruncit yang menjual rokok secara batang. Ini sebenarnya yang menggalakkan perbuatan merokok dalam kalangan pelajar.

“Kita tahu mereka ini tidak mampu membeli rokok secara kotak kerana ia agak mahal, namun kini akibat lambakan rokok tidak sah yang murah serta mudah didapati menyebabkan usaha untuk membanteras golongan remaja merokok pasti akan menemui jalan buntu. Remaja yang merokok ini tidak kisah jenama rokok apa yang dihisap asalkan mereka dapat memenuhi tabiat merokok.
“Mengikut statistik di Malaysia, seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari. Dianggarkan, terdapat 4.7 juta orang merokok pada tahun lalu dan jumlah itu meningkat daripada 3.1 juta orang pada 2007,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bukan saja mencatatkan jumlah peningkatan perokok, malah Kementerian Kesihatan juga turut merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.

“Bagi remaja yang sedang merokok, masih belum terlambat buat mereka untuk membuang tabiat buruk itu. Amalkan cara hidup sihat dengan tidak merokok,” katanya.

Sementara itu, bagi perokok tegar, mereka tiada masalah untuk membeli rokok tidak sah yang berlambak di pasaran dan mudah didapati asalkan tabiat merokok mereka dipenuhi setiap hari.

Mereka berasakan menghisap rokok tidak sah adalah sama rasanya dengan rokok jenama tempatan namun yang berbeza hanya dari segi harga.

Seorang perokok tegar dan warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Imam berkata, rokok tempatan yang dijual adalah mahal dan ramai rakannya yang merokok tidak pernah membeli rokok jenama tempatan sebaliknya membeli kretek pada harga RM3 untuk 12 batang.

Katanya, di kawasan pembinaan tempat kerjanya, hampir seluruh pekerja yang merokok, menghisap kretek atau rokok seludup. Rasanya sama saja. Apa yang penting murah.

“Harga murah adalah faktor menyebabkan kami membeli rokok seludup. Selama ini pun di kantin pun ada jual. Cukup mudah untuk mendapatkannya,” katanya.

ketahui lebih lanjut dengan membuka link ini >>> rokok tak sah http://my.sharings.cc/p/67XkJ


Comments

Popular Posts