"MEMBAZIR:SIFAT KEJI YANG WAJIB DIHINDARI"
Perbuatan membazir merupakan satu tabiat buruk manusia yang
sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak.
Mereka seolah-olah lupa bahawa rezeki yang diperolehi itu sebenarnya kurniaan
Allah
S.W.T. Mereka menggunakan rezeki tersebut secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepatutnya.
Islam menetapkan bahawa
apa sahaja perbuatan yang mengarah kepada pengurusan atau pekerjaan yang merugikan, maka ia juga termasuk dalam erti kata melakukan pembaziran. Berdasarkan apa yang telah disebutkan tadi, maka pembaziran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian;
Pertama : Pembaziran harta.
Kedua : Pembaziran masa.
Ketiga : Pembaziran tenaga.

Ketiga-tiga jenis pembaziran ini boleh berlaku tanpa
kesedaran kita. Ianya berpunca daripada kelalaian kerana terlalu ghairah
mengejar cita-cita atau terlalu lemah dalam mengurus atau mentadbir sumber yang
ada seperti masa dan tenaga.
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi mengatakan, terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya;
Pertama : Pembaziran ilmu pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
Kedua : Pembaziran amalan iaitu membazir jika melakukannya dengan hati yang tidak ikhlas.
Ketiga : Pembaziran kekayaan iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T.
Keempat : Pembaziran hati iatu membazir jika hati yang kosong kerana tidak mengasihi Allah S.W.T.
Kelima : Pembaziran tubuh badan iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Keenam : Pembaziran cinta iaitu membazir jika kita mencintai orang atau perkara lain melebihi cinta kepada Allah S.W.T.
Ketujuh : Pembaziran masa iaitu membazir jika tidak digunakan dan diurus dengan sebaiknya.
Kelapan : Pembaziran akal iaitu membazir jika memikirkan sesuatu yang hanya untuk dunia semata-mata tanpa bermanfaat kepada agama.
Kesembilan : Pembaziran zikir iaitu membazir jika tidak menyebutnya dengan betul, hilang tumpuan, bermain-main atau sambillewa sahaja dan sebagainya.
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Al-Israk: 27)
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi mengatakan, terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya;
Pertama : Pembaziran ilmu pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
Kedua : Pembaziran amalan iaitu membazir jika melakukannya dengan hati yang tidak ikhlas.
Ketiga : Pembaziran kekayaan iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T.
Keempat : Pembaziran hati iatu membazir jika hati yang kosong kerana tidak mengasihi Allah S.W.T.
Kelima : Pembaziran tubuh badan iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Keenam : Pembaziran cinta iaitu membazir jika kita mencintai orang atau perkara lain melebihi cinta kepada Allah S.W.T.
Ketujuh : Pembaziran masa iaitu membazir jika tidak digunakan dan diurus dengan sebaiknya.
Kelapan : Pembaziran akal iaitu membazir jika memikirkan sesuatu yang hanya untuk dunia semata-mata tanpa bermanfaat kepada agama.
Kesembilan : Pembaziran zikir iaitu membazir jika tidak menyebutnya dengan betul, hilang tumpuan, bermain-main atau sambillewa sahaja dan sebagainya.
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Al-Israk:
Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 26 :
”Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau”.
Apabila kita teliti, kita dapati pembaziran itu akan membawa kesan yang buruk terhadap rohani dan jasmani seseorang. Sesungguhnya Allah SWT amat murka ke atas individu yang tidak pernah bersyukur di atas nikmatnya dan mereka ini akan menerima balasan buruk daripada Allah SWT di atas kelalaian menjaga amanat harta kurniaan Allah. Kita harus ingat bahawa harta yang kita miliki bukan hak mutlak kita bahkan sebenarnya adalah hak Allah SWT. Kita hanya sebagai pengurus yang pasti akan ditanya dari mana harta yang kita perolehi dan ke mana kita belanjakan harta tersebut. Janganlah kita menganggap harta yang kita miliki itu sebagai milik kita yang mutlak dan kerana itu kita berbelanja sesuka hati.
Mengamalkan sifat berjimat dan tidak suka membazir akan mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan kita. Antaranya ialah;
Pertama : Dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja atau pekerjaan akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT.
Kedua : Dengan mengamalkan sikap berjimat-cermat dan bersederhana dapat menyelamatkan kita daripada muflis akibat hutang yang bertimbun kerana berbelanja secara berlebihan menurut hawa nafsu.
Ketiga : Dengan mengamalkan sikap bersederhana membolehkan kita mampu untuk bersedekah pada jalan Allah, lebih-lebih lagi menunaikan zakat yang pastinya melengkapkan lagi penyempurnaan rukun Islam.
Keempat : Kita akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.
Semoga kita sentiasa memastikan diri kita tidak termasuk di kalangan orang yang suka membazir.

Comments
Post a Comment