MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan
untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن
الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Doa penerang hati
أَللهُمَّ
افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ
يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari
khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di
bilik peperiksaan. -
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ
مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو
آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika
terlupa -
Doa minta tambah ilmu
آللهُمَّ
انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى
مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى
عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -
Doa mendapat petunjuk
رَبَّنَا
لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ
إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat
petunjuk. -
Doa mudahkan hafalan
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ
النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ
آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ
آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan
para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.
- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. -
Dipetik daripada : Diari Siswa Islam 93
Hak Cipta penerbit asal
DOA-DOA LAIN YANG BERKAITAN
Doa untuk mengulangkaji
اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ
وَحِفْظَ
الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا
بِذِكْرِكَ
وَقَلْبِيْ
مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا
تَشَاءُ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,
ingatan para rasul
dan malaikat terhampir.
Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu,
hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang
Engkau kehendaki.”
Doa setelah selesai mengulangkaji
اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا
فَهِمْتُ
وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ
إِلَيْهِ،
إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيْر
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,
faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku
ketika aku memerlukannya.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa ketika masuk bilik peperiksaan
وَقُلْ
رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ
سُلْطَانًا نَصِيرًا
“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan
kemasukan yang benar lagi mulia,
serta keluarkanlah
daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan
serta kekuasaan yang menolongku.”
Doa ketika menerima kertas peperiksaan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي
صَدْرِي
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
يَفْقَهُوا قَوْلِي.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
Dan lepaskanlah
simpulan daripada lidahku,
supaya mereka faham perkataanku.”
Doa Nabi Musa a.s.
Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ،
بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan
sendirinya.
Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
اَللَّهُمَّ
لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا
جَعَلْتَهُ سَهْلاً
وَأَنْتَ
تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang
engkau jadikan kesenangan padanya.
Dan engkau menjadikan
kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
Doa ketika terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ
يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ
لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ
عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang
tiada keraguan padanya.
Himpunkan barangan
dan maklumat yang hilang daripadaku
Comments
Post a Comment