PENGUBAT PATAH HATIKU
Asslam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dengan berkat dan irodhah dari Allah S.W.T dapat juga saya menulis tentang masalah yang saya alami.
Dipendekkan cerita,Semua orang tahukan apa itu yang dimaksudkan cinta??? Sudah anda semua pun pernah jatuh cintakan. Pernah tak anda semua alami perkara yang bila anda dah mula sayang teramat sangat dengan seseorang kemudian orang itu pergi tinggalkan anda. Apakah perasaan anda??? Sudah semestinya anda sedihkan.
Kalau anda semua anda kawan baik, kawan baik anda tentu perasan dengan perasaan anda yang tidak menentu. Bila kawan baik anda tanya, anda mesti ceritakan anda patah hatikan. Selepas itu kawan anda mesti kata yang Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekorkan. Kata kata lebih senang dilafazkan berbanding dengan perasaan. Pepatah di atas kalau digunakan oleh Playboy atau playgirl, sudah tentu mereka rasa macam itu kerana mereka suka menukar nukar pasangan mereka.
Macam saya, Saya memang dah cuba sedaya upaya untuk melupakan wanita tersebut, tetapi makin nak dilupakan makin sakit rasa didada. Saya serius tak tipu kamu semua perasaan saya jadi semakin hari semakin gila. Sampai tak tahu nak cakap apa apa dah.Ada ustaz cakap manusia menaggis kerana cinta itu perkara biasa, jikalau manusia menaggis kerana dosa itu luar biasa. Saya cubalah hayati kata kata ustaz itu.
Namun keputusannya tetap sama.Saya pun cuba juga dengan cara bangun solat di waktu malam untuk mendekatkan diri kepada Rabb. Tetapi hasilnya tetap sama, sampai satu masa saya berdoa dan bertanya kepada Allah "Ya Allah hinaku terasa bilaku hanya mendekatkan diri kepadaMu sewaktu aku susah, diwaktu senang aku jauh dari mu.
Hasil yang tetap sama,Sampailah satu malam dimana saya keluar di ruang tamu dan mendengar ibu saya meminta saya mengambilkannya segelas air.Saya pun pergilah kedapur untuk mengambilkan segelas air buat ibuku.Sewaktu aku memberi air tersebut kepada ibuku, Ku melihat ibuku menengguk air tersebut dengan perlahan lahan. Bebola biji mataku sewaktu itu sudah berasa dilimpahi dengan air mata.
Saya pun duduklah di ruang tamu tersebut dan lihat ibuku tertidur sambil tangannya masih memeggang gelas dalam keadaan baring.Ku amati muka ibuku. Begitu lamaku menatap wajah ibuku.Saya pun tak tahan dan masuk ke dalam bilik, Menitik nitik air mataku jatuh dari mataku yang telah bertakung dari tadi lagi.Tidak dapat tidak, air mataku memang sudah tidak boleh dihalang dari keluar lagi.
Sejam selepas itu, Saya berasa tenang dan damai, Sejurus selepas itu saya pun terfikir ibu lebih penting dari kekasih hati. Ibuku yang sedang sakitku semakin jauh dari diriku kepada ibuku.Beginilah rupaku sekarang lebih kurang macam anak anak muda yang lupakan ibubapa mereka.
Sewaktu itu jugalah aku terdetik dihati jikalau ibuku telah pergi kembali menghadap Yang Maha Esa, adakah ibuku puas hati dengan layanan yangku berikan kepadanya??? Makin bermula malam itulah kehidupanku semakin berubah dan memulakan hidup yang baru iaitu dengan cara untuk melarikan diri dari perempuan kerana saya sudah tidak sanggup untuk hadapi kesakitan yang telahku alami tersebut.Hatiku kini umpama dinding yang telah di paku dan di buang paku tersebut dari dinding. Namun kesan lubangnya itu masih ada pada hatiku ini.
Sayangilah diri anda,keluarga anda dan orang orang yang ada hubungan dengan anda lagi kerana bila orang yang tersayang dan tercinta sudah pergi, anda tidak mampu berbuat apa apa hanya mampu berdoa. Hargailah mereka.
sekian terima kasih ...

Comments
Post a Comment