KebenaranNya
Salam sejahtera...
Kini telah ku sedari kenapa segala yang ku inginkan tidak tercapai.Ini kerana terdapat satu tali yang sentiasa memegangku supaya tidak terlanjur begitu jauh daripada kebenaran.Aku juga sama seperti manusia lain sentiasa melakukan kesalahan.Dulu kehidupanku penuh dengan kegelapan.Namun kini cahaya telah mulai meresapi tubuhku sehinggaku menjadi bercahaya bersama aura-auraku yang lain.
Kini ku telah ketahui banyak rahsia alam.Ku mengerti kenapa sesuatu yang ku perlukan tidak tercapai.Ini kerana Allah telah menguruskan segalanya.Allah tidak akan memberi sesuatu yang kita inginkan.Namun Nya akan memberi sesuatu yang kita perlukan.Jika dikenangkan kembali segala kenangan pasti kita akan berasa sedih,kerna sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai.
Kiniku berasa bodoh kerna semua benda yang tidak sepatutnya harus dibuangkan dari fikiran kerana ia masih terlalu awal untuk semua benda itu. Tidak dapat dinafikan bahawa semua manusia ada kehendak masing-masing.Hal ini disebabkan oleh satu benda yang bernama nafsu.Nafsu merupakan satu benda yang amat bahawa jika ia menyeru kita kearah kejahatan.Oleh itu sama-samalah kita kalahkan nafsu mazmumah tersebut dengan memperbanyakkan istifar.
Kesemua pekerjaan kita juga haruslah sentiasa ingat kepada Allah S.W.T.Kerana Allah lah yang terawal dan terakhir.Tiada makhluk yang lebih berkuasa daripada Nya.Sesuatu perkara pelik yang tidak logik pada akal jika difikirkan akan sentiasa muncul di sekeliling kita untuk kita sentiasa ingat dan taat kepadaNya.
Semua itu masih terlalu awal buatku... akanku lawan segala syaitan yang ingin menguasaiku...Allahuakbar!!!
Comments
Post a Comment