Rahsia Kuasa Minda
Ketahui cara mudah untuk menjana kuasa minda ! Terokai kehebatan minda anda sekarang |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tahukah anda minda manusia mempunyai kekuatan yang hebat? Pernahkah anda terfikir minda manusia mempunyai dimensi yang luas? Tahukah Anda ? Menurut kajian ahli minda,kebanyakan manusia hanya menggunakan baru10% daripada kemampuan mindanya.Ini bererti 90%Daripada mindanya tidak pernah digunakan langsung.Mengapa ini terjadi,jawapannya mudah sahaja,kerana kita tidak tahu.Mengapa kita tidak tahu? Kerana kita tidak belajar.Tapi kini anda berpeluang menggunakan beberapa teknik untuk menggunakan 90 % lagi kemampuan minda anda.Teknik yang akan diajarkan sangat mudah untuk dikuasai.Ramai orang mengaku menguasai dan pakar dalam kuasa minda,pernahkah anda merasai kesan yang sebenarnya sesudah menguasai kuasa minda? |
Anda perlu tahu! Peringkat peringkat fungsi minda menurut ahli kaji minda 1)Peringkat sedar(conscious level) 2)Peringkat bawah sedar yang mengawal badan (subconscious body level) 3)Peringkat ingatan(memory level) 4)Peringkat kuasa kreatif(creatif power level) 5)Peringkat kuasa menyembuhkan(healing power level) 6)Peringkat intuisi(Intuitive level) 7)Peringkat kesedaran semesta raya(Cosmic conscious level) |
Peringkat kesedaran minda manusia. 1)Beta Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti deria rasa,deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari 2)Alpha Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini.Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'. 3)Theta Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah teletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa. 4)Delta Insya Allah anda akan diajar dengan teknik mudah untuk mencapai peringkat kesedaran Alpha yang mana anda akan mendapat menguasai kuasa minda dalam erti kata sebenar.Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung.Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan |
Faedah Kuasa Minda Merapatkan diri kepada Allah Taala Menghilangkan stres Menyelesaikan pelbagai masalah dengan secepat yang mungkin Mencapai kesedaran yang mendalam tentang diri Menguatkan ingatan Mengurangkan sakit sakit ringan Mencapai hajat dalam berbagai bagai keperluan.Insya Allah Membuang tabiat buruk Ketenangan yang sukar digambarkan Idea mencurah curah Pemikiran kreatif Penyelesaian masalah tanpa berfikir |
Comments
Post a Comment