Masalah-masalah yang sering dialami Superheroes


Hari ini aku nak share pasal masalah dan kelemahan yang sering dihadapi oleh superheroes.Walaupun kita selalu tengok dekat filem atau televisyen yang superheroes ni kuat dan selalu berjaya mengatasi musuh-musuh mereka tapi hakikatnya, mereka juga manusia biasa.Tiada manusia yang sempurna.Jom kita tengok apa kelemahan superheroes ni.




Batman
Tak dapat bekerja pada waktu siang kerana mempunyai alergik terhadap cahaya matahari.Dipahamkan apabila terdedah kepada cahaya matahari, Batman akan diserang virus sawan.





The Flash
Sering mendapat surat saman daripada JPJ dan polis trafik disebabkan kantoi speed trap.Kena tahan dekat road block dah menjadi perkara biasa.





Spiderman
Bila musim hujan dan angin yang kuat, jaring lelabahnya tidak dapat melekat pada dinding-dinding bangunan dan ini amat menyukarkan spiderman untuk tugas-tugas menyelamat mangsa banjir.
Ironman
Sut besi (iron) yang dipakainya tidak sesuai untuk operasi musim panas kerana ketiadaan sistem penghawa dingin di dalam sutnya.Ini akan menyebabkan Iron Man berpeluh satu badan.Selain itu,Iron man juga tidak sesuai untuk operasi dalam air kerana bimbang akan lemas disebabkan sut besinya yang berat.





Wolverine
Tak sesuai untuk operasi yang memerlukan proses angkat-mengangkat mangsa kemalangan kerana bimbang kuku besinya yang tajam akan tertikam orang mangsa.Tak pasal-pasal bertambah parah pulak kecederaan orang tu.


Superman
Kesukaran mendapatkan seluar dalam berwarna merah kerana jarang sekali dijual di pusat-pusat membeli belah seluar dalam yang sama warna dalam satu kotak 3 in 1 ataupun 5 in 1.Nak  taknak kena pergi cari dekat pasar malam.Baru boleh pilih color yang sama.

Comments

Popular Posts