Kelemahan superheroes yg ke-2...

Ok...nie ak nk smbung sal superheroes yg mula2...sambungan...



Ultraman
Kelemahan yang selalu kita tengok dalam TV, Ultraman ni hanya boleh berlawan dalam masa beberapa minit sahaja.Then start lah lampu dekat badan dia berkelip-kelip.Lagi satu, lepas Ultraman menang  bertarung dengan raksasa, kompaun dari Pihak Berkuasa Tempatan akan menantinya atas sebab merosakkan bangunan dan harta benda awam.

Maskman
Superheroes dari Jepun ini mempunyai masalah untuk bernafas kerana topeng suit mereka tidak mempunyai lubang di bahagian hidung.

Kamen Rider
Sering menjadi mangsa semburan racun serangga dari pekerja ladang yang menyangkakan Kamen Rider ialah serangga perosak kerana menyerupai belalang. 

Last sekali superhero dari Malaysia,Cicakman
Sering menjadi mangsa lastik budak-budak nakal.Selain itu, Cicakman juga menjadi buruan pemancing untuk dijadikan umpan ikan  di tasik atau kolam memancing.

Comments

Popular Posts