HARTA TIDAK BERKURANG KERANA SEDEKAH


Assalam dan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Salah satu kewajipan kita sebagai muslim dalam kaitan dengan harta adalah menunaikan zakat,infak dan sedekah.Namun,masih ramai yang walaupun sudah mengaku muslim tetapi masih tidak mahu menunaikan kewajipan itu.

Diantara mereka ada yang khuatir bila zakat dan sedekah itu ditunaikan hartanya akan berkurangan,bahkan boleh jadi ia menjadi miskin.Kekhuatiran itu merupakan sesuatu yang tidak benar.

Rasulullah SAW 'bersumpah' dengan memberikan jaminan bahawa bila seseorang menunaikan sedekah,maka hartanya justeru akan bertambah.Memang pada saat ia keluarkan wang atau hartanya untuk sedekah,hartanya akan berkurang,tetapi dari kesan atau pengaruh positifnya ia akan memperolehi tambahan,sama ada dalam bentuk jumlah mahupun nilai dari harta itu sendiri.

Dalam bentuk jumlah,harta yang disedakahkan mungkin saja bertambah,misalnya ia berdagang,setelah keuntungan besar ia bersedekah,maka orang yang diberinya sedekah itu mendoakan agar hartanya bertambah banyak dan doa itu pun dikabulkan oleh Allah SWT sehingga perdagangannya semakin laris dan semakin banyak yang terjual

Adapun nilai yang besar,ianya nampak dari keutamaan yang sedemikian besar yang diberikan Allah SWT kepada orang yang membelanjakan hartanya di jalan sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

''Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir.Pada tiap tiap butir seratus biji.Allah melipat gadakan(ganjaran) bagi sesiapa saja yang Dia kehendaki.Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) dan Maha Mengtahui.''
                                                                                                                       (Al-Baqarah:261)

WSLM




Comments

Popular Posts