Berita Palsu Villa Nabila
Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18
November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada
jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila.
Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang
remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. Laporan yang tersebar di laman
sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa
terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi
tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki
kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.
Berita Palsu 23 Hilang 7 Orang Terselamat
Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7
terselamat. Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai
remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin
yang berusia 16 tahun.
Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila
Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16
tahun
Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan
orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan
hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan
ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja
berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak
pulang sehingga kini.
Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan
dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja
berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan
hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan
ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1
pagi tadi 18 November 2013.
Comments
Post a Comment