Pelik! Rusa Ini Memiliki Janggut (Menarik!)
Pelik! Rusa Ini Memiliki Janggut (Menarik!) | Jika anda
memiliki sebarang kamera, jangan lepaskan peluangg untuk merakamkan sebarang kejadian
yang unik berlaku
di hadapan mata kita. Pada zaman sekarang, kamera DSLR menjadi satu fenomena
kerana keunikan kamera ini mampu menghasilkan gambar yang cukup cantik. Samalah
seperti seorang jurugambar dari Itali ini. Beliau telah berjaya merakam
seekor rusa yang dipercayai mempunyai janggut. Keunikan rusa ini mendapat
perhatian media. Jom lihat gambar di bawah ini.
Jurugambar veteran dari Itali ‘Paolo Torchio’ berjaya
merakam gambar rusa berjanggut ketika berkunjung ke Masai Mara National Reserve
di Kenya.
Rusa betina misteri itu bemiliki rambut tebal di kepalanya
sehingga rupanya mirip dengan anjing terrier.
“Saya hairan, apa yang anjing itu sedang lakukan di sini,”
Torchio bercerita kepada OurAmazingPlanet melalui telefon.
“Tetapi ketika ia keluar dari rumput, saya terkejut,”
tambahnya.
Torchio juga bercerita rusa itu tidak diasingkan oleh
kawanannya. Torchio berjaya mengambil gambar selama 15 minit sebelum rusa
betina tersebut melarikan diri.
Selama 5 hari, Torchio mencari haiwan yang boleh berlari
hingga 97 kilometer sejam itu, tapi hasilnya hampa.
Pakar belum dapat memastikan pekara yang membuatkan rusa
tersebut berjanggut kerana bukti yang mereka ada hanya berupa gambar.
“Tapi dari fizikalnya, saya yakin rusa itu adalah Rusa Thomson.
Berdasarkan saiz tubuh dan tanduknya, rusa itu betina dan masih remaja,” jelas
Lanny Brown dari Zoo Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat.
Brown mengaku dia dan rakannya belum pernah melihat rusa
berjanggut sebelumnya.
Brown berpendapat rusa berjanggut yang berjaya diambil
gambar oleh Torchio mungkin mengidap penyakit hipertrikosis, sebuah kelainan
yang membuatkan rambut tumbuh berlebihan yang boleh dialami haiwan dan juga
manusia.
Rusa itu juga berkemungkinan menghidap penyakit Cushing,
kelainan hormon yang membuatkan haiwan kelihatan seperti poodle yang memiliki
lebihan rambut.
Penyakit itu biasanya dialami oleh kuda
P.S. I – Menakjubkan!Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Comments
Post a Comment