Peringatan! Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah (Mesti Baca!)
Peringatan! Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah (Mesti
Baca!) | Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah
SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Nasihat ini sering kita dengar
terutama sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah
SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Allah yang hina. Cuba kita
hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara
mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita
hayati tentang kisah mereka.
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat
terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari
utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang.
Berikut dipaparkan secara ringkas sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :
1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun,
namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan
memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar,
kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh
(al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad.
Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang
dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun
pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13,
an-Najm: 50, Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada
kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar
dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah
menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan
perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan
sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat.
Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat
disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka.
Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka
sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf:
12).
5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum
Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan
penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta
dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab
mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di
tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka
binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada
penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat
rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah
hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh
Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan
azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya
maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli
arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir
(al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang
tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah
untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan
yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka
akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf:
163).
8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga
yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat
mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula
yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan
itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka
menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan
karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga
mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).
9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah
kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya.
Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang
telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi.
Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir,
Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan
rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan
sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja
bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga
melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa.
Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan:
37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan
berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat.
Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi
Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar
(Al-Arim). (Saba: 15-19).
P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh
Sumber : Billy Info
Comments
Post a Comment