Sejarah! Gambar Kad Pengenalan P Ramlee (Menarik!)
Sejarah! Gambar Kad Pengenalan P Ramlee (Menarik!) |
Siapa yang tidak kenal dengan seniman Tan Sri P Ramlee ini. Mempunyai bakat yang
sangat hebat sehingga mampu berlakon, menyanyi dan menjadi pengarah dengan
puluhan filem. KisahBest.My percaya, kita semua masih tidak berasa
jemu untukmenonton filem-filem hasil karya beliau sehingga berjaya mendapat
tempat di hati P Ramlee antaranyaFilem Do Re Mi. Namun adakah anda tahu tentang sejarah hidupnya?
Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.
SIAPA yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar
seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan
terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P.
Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon,
pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.
Latar belakang
Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan
Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada
pagi Hari Raya Aidilfitri. Beliau dilahirkan di rumah neneknya di Pulau
Pinang.
P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu
Kampung Jawa dan kemudiannya di Francis Light School. Seterusnya beliau
menyambung pelajarannya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia
Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah mendapat pendidikan di
Japanese Navy School.
P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi
Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Menerima pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada
tahun 1962.
Perkahwinan
P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan
Junaidah Daeng Harris (1950), Noorizan Mohd. Noor (1955) dan Salmah Ismail atau
Saloma (1961).
Beliau hanya dikurniakan dua orang anak melalui hasil
perkahwinannya bersama Junaidah iaitu Mohd. Nasir dan Arfan. P. Ramlee juga
mempunyai anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan)
dan Armali (anak Saloma dan A.R.Tompel). Bukan itu sahaja, P. Ramlee juga
mempunyai anak angkat iaitu Sazali, Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @
Badin dan Dian.
Filem dan lagu
P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem. Bermula dengan
filem pertama Chinta (1948) sehinggalah filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi
(1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee telah mendendangkan sebanyak 359
buah lagu termasuklah hit seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar,
Getaran Jiwa dan Madu Tiga.
Meraikan kejayaan meraih anugerah pada Festival Filem Asia
ke-7 di Tokyo, Jepun pada tahun 1960 bersama pelakon Bat Latiff.
Penghargaan
Bagi mengenang jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau
telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran
Tan Sri.
Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak,
Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P.
Ramlee pada tahun 1986.
Nama P. Ramlee turut diabadikan pada sebatang jalan di
tengah ibu kota Kuala lumpur iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada
tahun 1982.
Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam
bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran Doktor.
Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak
dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau
Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan
kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.
P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Sumber : Kosmo
Comments
Post a Comment