Gempar! Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia Digodam
Gempar! Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia Digodam |
Jika sebelum ini terdapat beberapa buah laman web milik kerajaan telah
berjaya digodam, pada kali ini pula giliran laman web pihakKementerian
Pendidikan Malaysia. Persoalannya di sini, mengapakah laman web KPM ini
digodam? Persoalan demi persoalan ditinggalkan. Pada ketika ini jugalah pihak
KPM melalui unit IT sedang bertungkus lumus memulihkan kembali laman sesawang
terbabit. Sehingga jam 3 petang, laman web KPM kini berada dalam status ‘Under
Construction’.
Pengguna dilaporkan mengalami kesulitan untuk akses ke laman
KPM sejak tepat pukul 11.59 malam 31 Disember 2013 berikutan portal rasmi
pendidikan kerajaan itu telah digodam. Selain itu, turut terpapar mese selamat
tahun baru 2014 dipaparan muka laman KPM. Kumpulan penggodam tersebut juga
dipercayai menggunakan nama samaran EvilShadow Team sebagai identiti penyamaran
mereka. Untuk info, laman web KPM kini sedang diselenggara dan akan beroperasi
seperti biasa tidak lama lagi.
P.S. I – KoleksiRumah Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat
P.S. II – Luar Biasa! Restoran Dibina Bersebelahan Air Terjun
P.S. III – Seram! Bandar Berhantu Di Amerika Syarikat
Sumber : Melvister
Comments
Post a Comment