Biar Betul! Kini Haiwan Peliharaan Boleh Memiliki Kad Pengenalan (Menarik!)
Biar Betul! Kini Haiwan Peliharaan Boleh Memiliki Kad
Pengenalan (Menarik!) | Mungkin ada di antara kita ramai yang terkejut
kini haiwan juga boleh memiliki kad pengenalan. Sebelum ini, isu kad pengenalan untuk
haiwan telah dibangkitkan dan ini merupakan satu inisiatif pihak kerajaan memudahkan
pemilik haiwan dalam membuat satu-satu urusan terutamanya dengan pihak
veterinar mahupun menyelesaikan kes kehilangan haiwan kesayangan. Ini
kerana, KisahBest.My difahamkan setiap kad pengenalan yang dibuat,
haiwan berkenaan akan dimasukkan satu cip untuk memudahkan proses mengesan haiwan.
MUNGKIN ramai pecinta haiwan di negara ini tidak tahu yang
kerajaan ada menyediakan KAD PENGENALAN untuk binatang kesayangan anda
itu.
Ia merupakan satu dokumen rasmi kerajaan Malaysia di bawaj
Projek Malaysia Animal Traceability Systems (MATs).
Kad pengenalan haiwan (pet passport) merupakan satu medium
maklumat penting mengenai haiwan kesayangan anda dalam bentuk dokumen yang
mengandungi pengesahan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan.
Kad pengenalan ini hanya dikeluarkan setelah haiwan
kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Veterinan
Bertauliah (VB) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953.
Projek perintis telah dijalankan sepanjang bulan Februari
2010 di Hospital Veterinar Cheras, Kuala Lumpur.
Seramai 42 orang pelanggan telah mendaftarkan 63 ekor haiwan
bagi mendapatkan kad pengenalan terbabit. Haiwan kesayangan yang telah
didaftarkan ketika itu adalah sebanyak 47 ekor kucing dan 16 ekor anjing.
Projek ini bertujuan menyediakan sistem tanda pengenalan
haiwan secara rasmi di samping meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit
haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab bagi menjamin
kebajikan binatang peliharaan.
Bagi individu yang memelihara anjing dilarang, JPV tidak
mengambil haiwan mereka, sebaliknya mendapatkan maklumat daripada pemiliknya
bagi mengelak ia membawa masalah.
Pemilik anjing baka terlarang dan terkawal juga disaran
mengembirikan haiwan mereka bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat.
Proses pendaftaran haiwan kesayangan turut dikembangkan di
klinik-klinik veterinar swasta yang telah bermula di sekitar Kuala Lumpur dan
Selangor.
Malah, proses membuat kad pengenalan ini hanya mengambil
masa pendek dengan bayaran berpatutan.
Ini kerana maklumat penting kesihatan haiwan itu dicatatkan
dalam satu buku saja yang secara langsung menjamin kebajikan dan kesejahteraan
haiwan berkenaan.
Selain itu, dengan adanya ‘pet passport’ ini mempercepatkan
proses pemeriksaan pihak berkuasa di setiap pintu masuk negara
Tujuan kad Pengenalan haiwan :
Memberi tanda pengenalan haiwan kesayangan
Membangunkan sistem pengkalan data haiwan kesayangan kebangsaan
Memperbaiki kecekapan menjejak haiwan kesayangan
Menjamin kebajikan serta kesejahteraan haiwan terpelihara
Membangunkan sistem pengkalan data haiwan kesayangan kebangsaan
Memperbaiki kecekapan menjejak haiwan kesayangan
Menjamin kebajikan serta kesejahteraan haiwan terpelihara
Faedah mendaftarkan haiwan kesayangan anda :
Memudahkan proses mengesan haiwan kesayangan yang hilang
Pengesahan pemilikan haiwan kesayangan melalui mikrocip yang ditanam di bawah kulit haiwan.
Maklumat penting kesihatan haiwan kesayanagn berada di dalam satu buku sahaja.
(Pet Passport )
Pengesahan pemilikan haiwan kesayangan melalui mikrocip yang ditanam di bawah kulit haiwan.
Maklumat penting kesihatan haiwan kesayanagn berada di dalam satu buku sahaja.
(Pet Passport )
Memudahkan kawalan penyakit di kalangan haiwan peliharaan
Bayaran
Harga untuk pendaftaran Pet Passport :-
Kucing, Anjing dan Arnab : RM 15
Kuda : RM > 15
Kuda : RM > 15
Harga termasuk pemasangan mikrocip, pemeriksaan fizikal,
gambar dan lain-lain perkhidmatan.
Kepada yang berminat untuk mendaftarkan haiwan kesayangan
mereka, bolehlah berkunjung ke:
Pejabat Perkhidmatan Veterinar di seluruh Malaysia
Klinik Veterinar yang telah dilantik sebagai pendaftar Haiwan Kesayangan
Klinik Veterinar yang telah dilantik sebagai pendaftar Haiwan Kesayangan
P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia
Comments
Post a Comment