Gempar! PTPTN Akan Dimansuhkan Pada 1 Februari 2014?

Gempar! PTPTN Akan Dimansuhkan Pada 1 Februari 2014? | Mesti ada di antara terkejut dengan berita pemansuhan ini. Dalam menghadapi isu kenaikan barang, sudah tentu kewangan poket pelajar semakin terbeban. Namun janganlah percaya berita ini. Ini kerana berita pemansuhan PTPTN ini sebenarnya datang daripada surat Raja Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara, Y.M. HasbulJalil Bin Hassan.  Lelaki ini sebenarnya pernah datang ke Istana Negara konon-kononnya mahu menawan istana berkenaan (LINK).Boleh lihat surat di bawah ini.

isu

Surat yang diterbitkan pada 6 Jan 2014 itu menyatakan titah “Raja Nusantara” yang ingin meringankan beban perbelanjaan kehidupan umat(rakyat Malaysia) dengan memansuhkan PTPTN bermula pada 1 Februari 2014.
Walaupun tidak benar, surat ini pasi memberikan rasa “suspen” kepada para peminjam PTPTN. Sekurang-kurangnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, dapat memberikan rasa humor kepada anda semua!

Sumber : Tengok Tv

Comments

Popular Posts