Paksi Bumi Dan Malapetaka Komet ISON – Kiamat?
Paksi Bumi Sedang Berubah, Matahari Bakal Timbul Dari Barat
Dan Malapetaka Komet ISON – Kiamat? | Mesir sedang mengalami musim salji
pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan
salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa
tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat
untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas
selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera. Penjelasan tentang fenomena itu
boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH Kutub Bumi berganjak 1 batu
sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah
Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas
berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi
ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara
perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak
lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan
lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah
di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa
ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Pergerakan kutub utara
ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi.
Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub
bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35
batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun
2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!! Kelajuan pergerakan Kutub
makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada
di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis
Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh
berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau
beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang
timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat
mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan
khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub
Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi
membeku.
Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang
semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan
“flip” di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke
selatan. Semasa pergerakan ” flip” peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40
darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang
menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara
negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat.
Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam
masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus.
Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku “flip” pada kutub medan magnet
bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan
oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat
akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan “sun spot”.
Manakala “flip” juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung
berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku
sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju.
Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap
berlaku.
Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut
anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui
kerana semuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON
atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, hujung depannya bertemu
dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang
dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan
kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan
kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia
merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat”.
Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan.
Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini,
saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah
taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka
dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena
perubahan kutub ini.
Wallahualam.
P.S. I – Misteri Air Terjun Kravica di Bosnia. Makhluk apakah itu?
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Comments
Post a Comment